web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 2 Bot Berlanggar Di Semporna, Juragan Maut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 8:19AM

Mohd Farhan Lee Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Seorang lelaki warga asing maut selepas bot dinaiki bertembung dengan sebuah bot penumpang di perairan Jeti Balimbang, Pulau Bum Bum di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa, 50, dikatakan mengemudi bot bersendirian dari arah pulau berkenaan menuju ke pekan Semporna.

Sebaik tiba di lokasi, bot mangsa bertembung dengan sebuah bot penumpang dinaiki tujuh individu, termasuk juragan berusia 20 tahun dari arah bertentangan.

Ekoran perlanggaran itu, bot mangsa yang dikatakan tidak berlampu, pecah di belakang dan mangsa tercampak ke laut.

Juragan bot penumpang bersama beberapa individu lain kemudian bertindak menyelamatkan mangsa dengan menariknya ke dalam bot mereka, sebelum dihantar ke Hospital Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas lebih satu jam menerima rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami lebam pada bahagian perut dan lengan kanan.

“Bedah siasat akan dilakukan di hospital sama bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Sehubungan kejadian itu, polis menahan pemandu bot penumpang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut Mohd Farhan, kejadian itu adalah insiden kedua membabitkan pertembungan bot di situ, sepanjang minggu ini.

Isnin lalu, seorang wanita mengalami keguguran kandungan berusia 25 minggu, manakala suaminya cedera selepas bot mereka dirempuh sebuah bot di perairan berhampiran Hotel Dragon Inn. - Getaran, 7 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad