Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKM Disyor Lakukan Penambahbaikan Banteras Budaya Buli

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 9:00PM

Gambar dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan pasukan petugas bebas (taskforce) bagi menyiasat laporan kematian seorang doktor pelatih (houseman) dan dakwaan budaya buli di hospital awam boleh dianggap sebagai inisiatif ‘segera’ kerajaan dalam menangani isu hangat diperkatakan itu.

Malah ia turut dilihat bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan trend yang semakin membarah dalam profesion perubatan.

Manakan tidaknya, isu budaya kerja toksik sudah lama wujud dalam cara kerja di hospital, terutamanya melibatkan doktor pelatih.

Lebih membimbangkan, trend itu dilihat seolah-olah dijadikan ‘budaya biasa’ dan segala aduan mereka yang menjadi mangsa sebelum ini didakwa tidak diendahkan pihak atasan.

Susulan itu, beberapa individu mengesyorkan cadangan kepada KKM bagi menangani budaya tidak sihat tersebut.

Dr Muhammad Rashdan Roslan
Dr Muhammad Rashdan Roslan

Pegawai perubatan di sebuah klinik swasta di Tanah Merah, Kelantan, Dr Muhammad Rashdan Roslan menyarankan agar KKM mewujudkan sistem beri maklumat (whistleblower) yang lebih efektif jika wujud amalan buli di hospital kerajaan.

Malah katanya, KKM juga perlu memperkemaskan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) kementerian terbabit.

“Kata KKM, Kami Sedia Membantu, tapi bantulah juga staf anda yang tersakiti. Inisiatif itu nampak ringan dan kecil tapi nak memulakan sesuatu mestilah dengan benda ringan. 

“Lama-kelamaan boleh semakin ditambah baik. Please. Please. Please. Stop this vicious cycle. Anda mampu mengubahnya. Jadilah ejen perubahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berpesan supaya tidak menjadikan sesiapa sebagai ‘punching bag’.

“Didiklah doktor generasi baharu, bukan membuli. Kalau tak kompeten, tegurlah dengan berhemah. Buli bukanlah jalan penyelesaian,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Muhammad Rashdan turut mendedahkan doktor pelatih bukan sahaja dibuli secara fizikal tetapi juga mental, malah ada mengalami gangguan seksual.

“Diketuk dengan peralatan bilik bedah. Dibaling dengan folder pesakit. Didenda jalan itik. Disuruh buat benda tak munasabah. Ni saya belum cakap isu macam amang seksual lagi. Jadi kes polis pun ada.

“Ada juga dibuli secara mental. Diugut untuk kena extend, dihalang dalam kemajuan kerjaya. Ada yang dimarah, diherdik dan dipekik secara terbuka depan pesakit. Dimalukan dalam group WhatsApp,” katanya.

Malah beliau berkata, dia sendiri pernah ‘di-brain wash’ supaya berhenti kerja kerana tidak layak menjadi doktor ketika menjalani posting pertamanya sebagai doktor pelatih.

“Kalau report, nanti mungkin HO (doktor pelatih) yang mereport tu akan dibuli dengan lebih buruk lagi. Paling tidak pun, kena sindir masa ward round. Susah bila jadi HO, boss pun kurang percayakan HO sebab kebanyakan senior yang membuli ni pandai bermain dengan kata-kata.

“Akhirnya, disalahkan pula HO tersebut dan tahu-tahu je kes dah ditutup atau lebih malang lagi, tak diendahkan pun. Tahu-tahu lagi, dah resign dah HO tu. Nak laporkan guna saluran yang betul atau saluran rasmi? Sampai Abang Jamil mam*** pun tak gerak. Baca ke tidak aduan tu pun tak tahu,” katanya.

Tambahnya, terdapat doktor pelatih yang dirujuk kepada Jabatan Psikatri kerana mengalami masalah gangguan emosi, kemurungan dan kecelaruan minda akibat dibuli dengan teruk. 

“Ada yang sampai berhenti jadi doktor kerana terjejas mentalnya. Kepada pembuli, adakah anda puas hati bila dapat tahu hasil bulian anda jadi macam tu? 

“Bahagia tak? Mudah je si pembuli hancurkan karier orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kesihatan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang, Dr Lim Yu Xiang berkata, permasalahan itu wajar diselesaikan segera menerusi rundingan dan perbincangan dengan semua pihak terlibat.

Menurut beliau, sudah tiba masanya KKM bertindak telus, adil dan segera terhadap isu tersebut.

"MUDA Pulau Pinang mendesak penjelasan berhubung kematian doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP). Insiden kematian doktor pelatih tersebut adalah kes amat mengejutkan dan menyedihkan.

“Kes itu bukan kes pertama dan kita tidak mahu ia terus berlaku selepas ini. Tindakan serta-merta harus diambil untuk mengelakkan kejadian sedemikian berulang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Koh Kar Chai
Dr Koh Kar Chai

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai menggesa agar pasukan petugas khas ditubuhkan KKM meneliti keseluruhan sistem latihan dan punca tekanan dialami pekerja sektor kesihatan, bukannya terhadap doktor pelatih semata-mata.

Beliau berkata, penelitian itu penting kerana melibatkan nyawa doktor.

“MMA sudah bekerja dengan kementerian dalam tempoh lama dan melihat terdapat keluhan dalam kalangan kakitangan penjagaan sektor kesihatan.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa beberapa kes buli tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya, namun dengan adanya badan bebas ini nanti, ia sedikit sebanyak akan membantu,” katanya hari ini.

Terdahulu, seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan maut terjatuh selepas mayatnya ditemukan di pekarangan bangunan di Jalan Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.

Kejadian itu berlaku pada 17 April lalu, dua minggu selepas mangsa menjalani latihan di hospital terbabit. - Getaran, 7 Mei 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO