web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 40 Menu Ala Desa Di Rumah Terbuka PM, Jemaah Menteri Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 8:31PM

Persiapan akhir sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya esok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini cukup bermakna apabila kita bukan sahaja boleh pulang beraya di kampung, tetapi majlis rumah terbuka kembali dibenarkan.

Selepas dua tahun sambutan itu diraikan dengan pelbagai sekatan, esok pastinya hari cukup istimewa bagi seluruh Keluarga Malaysia.

Manakan tidaknya, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan jemaah menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Jurucakap Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, majlis ramah mesra bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu, bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dengan kalangan Keluarga Malaysia.

Selain itu, katanya, majlis tersebut untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama golongan kurang bernasib baik, setelah dua tahun terhalang ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. 

“Orang ramai dijemput hadir dengan memakai pakaian bersesuaian. 

“Bagi memudahkan mereka ke majlis ini, perkhidmatan bas percuma disediakan di tiga lokasi, iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra mulai 9 pagi dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di lokasi tersebut bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Katanya, kira-kira 70,000 ahli Keluarga Malaysia dijangka hadir memeriahkan majlis berkenaan.

“Walaupun prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan iaitu tidak lagi perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat terbuka, pengunjung digalakkan untuk menjaga keselamatan dan kawalan kendiri. 

“Diharapkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian dan memberikan keceriaan untuk seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Difahamkan lebih 40 menu makanan dan minuman tradisi ala desa akan disediakan buat pengunjung dengan lebih 30 gerai disediakan berkonsepkan layan diri.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mematuhi etika berpakaian seperti baju berlengan, seluar panjang, skirt bawah paras lutut dan berkasut semasa menghadiri majlis tersebut.

Pakaian dilarang pula ialah seluar pendek bawah paras lutut, skirt pendek atas paras lutut, baju tidak berlengan, seluar jeans koyak dan selipar.

"Orang ramai hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Kegagalan mematuhi etika pemakaian ini boleh mengakibatkan anda tidak dibenarkan memasuki Kompleks Seri Perdana," demikian menurut poster dikongsi menerusi hantaran di Facebook JPM pada 30 April lalu. - Getaran, 7 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad