web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rekod Dos Penggalak 'Ghaib', Jangan Panik Ikuti Langkah Ini!

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 7:46PM

Pengguna hanya perlu mengemas kini halaman profil dan klik sekali lagi pada butang ‘generate’ bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak lama selepas aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker), beberapa individu dikejutkan dengan ‘kehilangan’ sijil lengkap vaksin mereka.

Individu terlibat mengadu rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi tersebut ‘lesap’ secara tiba-tiba.

Sekumpulan pengamal media turut menjadi antara pengguna yang mengalami masalah teknikal tersebut.

Perkara itu disedari ketika pengguna terbabit mahu memuatnaik sijil vaksinasi digital mereka.

Malangnya selepas sijil itu dimuatnaik, hanya maklumat suntikan dos pertama dan kedua  dipaparkan di aplikasi tersebut.

Masalah itu turut dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Kurang sejam kemudian isu tersebut berjaya diselesaikan dan pengguna sudah boleh memuatnaik sijil vaksinasi lengkap mereka.

Jurucakap KKM memaklumkan, pengguna hanya perlu mengemas kini halaman profil dan klik sekali lagi pada butang ‘generate’ bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

Ini bukan kali pertama masalah teknikal membabitkan aplikasi tersebut.

Sebelum ini, ramai pengguna mengadu butiran dos penggalak mereka hilang daripada sijil vaksinasi digital MySejahtera meskipun sudah mendapatkan suntikan tersebut.

Lebih teruk, ada pengguna memaklumkan sudah mendapatkan dos penggalak untuk tempoh beberapa bulan tetapi masih belum menerima sijil dos berkenaan, walaupun pelbagai usaha bagi menyelesaikan itu tersebut dilakukan.

Malah ada juga pengguna mengadu maklumat mengenai suntikan dos itu belum dikemas kini dalam MySejahtera sehingga ke hari ini.

Terdahulu, Ketua Data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Dr Mahesh Appannan berkata, situasi individu sudah menerima dos penggalak, tetapi paparan MySejahtera menunjukkan sebaliknya, boleh diselesaikan.

Katanya, individu terbabit perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi mereka menerima vaksin bagi mendapatkan bantuan lanjut.

“Sebenarnya kalau kita sudah dapat data tersebut, kita akan uruskan secepat mungkin. Itu yang saya sarankan kalau boleh semua yang tiada maklumat booster (penggalak) dalam telefon mereka, mereka boleh pergi ke bahagian Helpdesk (MySejahtera) dan isi ‘option M’.

“Dalam masa lima hari, akan ada (bantuan Helpdesk) tetapi ini tertakluk kepada maklumat yang mereka isi kerana ini adalah sistem blockchain, kalau maklumat disalurkan tidak tepat memang tidak akan diproses,” katanya.

Beliau berkata maklumat vaksinasi individu di aplikasi MySejahtera akan dikemas kini secara automatik selepas maklumat individu itu dimuat naik secara lengkap oleh pekerja di klinik atau pusat pemberian vaksin (PPV).

Menurutnya, perkhidmatan vaksinasi secara jumpa terus dan janji temu dos penggalak COVID-19 juga masih mengikut konsep sama, iaitu individu perlu mengimbas maklumat di kaunter sebelum proses vaksinasi berlaku bagi mendapatkan sijil vaksinasi digital lengkap dalam aplikasi MySejahtera. - Getaran, 7 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar