web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berang Hubungan Sulit Dihebah Di Media Sosial, Mekanik Disyaki Bunuh Isteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 2:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berang dengan tindakan isteri menghebahkan hubungan sulitnya di media sosial, seorang mekanik disyaki memukul wanita itu sehingga mati sehari sebelum Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang berhubung kematian wanita berusia 28 tahun itu Ahad lalu, pada jam 9.16 pagi.

Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital berkenaan oleh suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Setelah pemeriksaan luaran ke atas mangsa, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badannya dan pegawai perubatan tersebut mendapati kematian wanita itu mencurigakan.

“Hasil bedah siasat dijalankan pada hari sama mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan abdomen akibat hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku di sebuah rumah flat di kawasan Batu 9, Cheras, Kajang.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya.

Justeru, beliau berkata, suami mangsa berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Motif pembunuhan dipercayai disebabkan suspek marah dengan mangsa kerana memuatnaik di media sosial bahawa dia (suspek) mempunyai hubungan sulit.

“Siasatan kes ini menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek dengan kes tersebut,” katanya.

Mohd Zaid berkata, kes sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Suspek akan dituduh pada 09 Mei ini di Mahkamah Majisret Kajang,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad