web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Berulat Penunggang Motosikal Ditemui

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 3:22PM

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan kembung dan berulat selepas dipercayai mengalami kemalangan di Sook, di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 22 tahun itu ditemui pada jam 2.30 petang itu di dalam longkang, dengan kesan kecederaan pada beberapa anggota badan.

Difahamkan mangsa menunggang motosikal bersendirian dari arah Kampung Tulid ke Kampung Kuit, di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam  ke kawasan parit berhampiran.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan (DSP) Nor Rafidah Kasim berkata, hasil pemerhatian dilakukan, nahas didapati berlaku di kawasan berselekoh tajam.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kemalangan, bagaimanapun ia dipercayai berlaku dalam tempoh sehari atau lebih berdasarkan keadaan mayat mangsa yang kembung dan berulat,” katanya.

Mayat kemudian dihantar ke Hosiptal Keningau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Menurut Nor Rafidah, setakat ini, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan