web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengembara Dari Malaysia Boleh Guna Pas Sempadan Ke Thailand

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 12:13PM

Seorang pegawai memeriksa suhu badan seorang lelaki di pusat pemeriksaan kastam Sungai Kolok di wilayah Narathiwat, selatan Thailand di sempadan Thailand-Malaysia pada 15 Mac 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Pengembara dari Malaysia dan Thailand kini boleh menggunakan pas sempadan untuk memasuki kedua-dua negara bermula hari ini.

Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais berkata kelonggaran itu diberikan hasil persetujuan kerajaan Malaysia dan Thailand bagi merancakkan kembali pembangunan di kedua-dua negara.

Ruzaini berkata pengembara atau pelancong yang ingin menggunakan pas sempadan hanya perlu membuat permohonan menerusi laman portal ‘Thailand Pass’ dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan ke negara berkenaan.

“Penggunaan pas sempadan ini hanya dibenarkan untuk penduduk di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak Utara dan Kelantan.

“Mereka yang menggunakan pas sempadan juga hanya dibenarkan memasuki Thailand selama tiga hari,” katanya selepas mengadakan lawatan susulan pembukaan semula pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruzaini berkata Malaysia turut memberi kelonggaran kepada pengembara atau pelancong dari Thailand yang menggunakan pas sempadan untuk berulang alik memasuki negara ini namun pihak terlibat seharusnya lengkap divaksinasi.

Beliau berkata bagi pengembara atau pelancong yang menggunakan pasport untuk ke Malaysia, prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai adalah sama seperti pembukaan sempadan negara pada 1 April lepas.

“Individu yang ingin memasuki negara ini menggunakan pasport juga perlu membeli perlindungan insurans dan melakukan saringan kesihatan terlebih dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruzaini berkata seramai 82 pengembara telah direkodkan merentasi sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pintu sempadan ICQ Padang Besar setakat 10 pagi tadi.

Menurut beliau pihaknya menjangkakan jumlah pengembara dari kedua-dua negara itu bakal bertambah dalam tempoh seminggu selepas ini.

Pada 1 April lepas, pintu sempadan di Wang Kelian dibuka semula kepada rakyat Malaysia-Thailand selepas ia ditutup sebelum ini berikutan ancaman wabak COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar