web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bincang Dengan KDN, Tindakan Segera Isu Etnik Rohingya Perlu Diambil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 3:00PM

MAPIM memiliki beberapa cadangan untuk dikongsikan kepada kerajaan sebagai langkah penyelesaian isu pelarian etnik Rohingya. - Gambar hiasan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mahu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyerahkan syor berhubung isu pelarian etnik Rohingya, bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, MAPIM terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan etnik Rohingya yang lain untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu tersebut.

Menurutnya, MAPIM memiliki beberapa cadangan untuk dikongsikan kepada kerajaan sebagai langkah penyelesaian isu pelarian etnik Rohingya yang masih tidak berkesudahan sehingga kini.

“MAPIM kesal dengan kejadian yang menimpa pelarian etnik Rohingya seperti dilaporkan baru-baru ini, namun kami percaya masih ada ruang untuk penambahbaikan oleh pihak kerajaan berhubung isu terbabit.

“Justeru, kami ingin mengadakan pertemuan dengan pihak KDN bagi menyerahkan cadangan dan syor yang disepakati dalam perbincangan bersama-sama rakan NGO kelak,” katanya kepada Getaran.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, Mohd Azmi berpendapat Malaysia perlu mempunyai dasar jelas berhubung status pelarian etnik Rohingya supaya isu kepadatan di depot tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dapat diselesaikan.

Menurutnya, ketiadaan dasar berhubung status kumpulan itu menjadi antara punca utama depot tahanan berdepan kepadatan.

Pada 20 April lalu, 528 tahanan etnik Rohingya merusuh sebelum melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara dekat Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Malangnya, enam daripada mereka termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan maut apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba melintas Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 165 dari arah selatan jam 6.30 pagi hari yang sama.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, tahanan meloloskan diri dengan memecahkan pintu blok dan pagar penghadang di depot terbabit. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Imigresen Asingkan Tahanan Etnik Rohingya, Elak Insiden Berulang

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kem Sementara Di Bangladesh Terbakar, Ribuan Warga Rohingya Hilang Tempat Berteduh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam