Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Dodol Tak Bergula' Jadi Pilihan, Netizen Desak Buat Sambungan Iklan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 3:21PM

Iklan ‘Dodol Tak Bergula’ terbitan Suria FM diangkat sebagai karya terbaik kerana menjadi pilihan ramai sehingga trending di YouTube.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali menjelang Aidilfitri kita akan disajikan dengan pelbagai iklan raya yang menarik.

Ramai berlumba-lumba menghasilkan iklan terbaik atau drama pendek yang sarat dengan pelbagai mesej suka atau duka, sehingga berjaya menjentik emosi penonton.

Pendek kata, tidak lengkap sambutan istimewa itu tanpa iklan raya yang sudah menjadi trend saban tahun.

Tahun ini, iklan raya ‘Dodol Tak Bergula’ terbitan Suria FM diangkat sebagai karya terbaik kerana menjadi pilihan ramai sehingga trending di YouTube.

Sehingga hari ini, iklan tersebut meraih lebih 800,000 tontonan di platform media sosial itu.

‘Dodol Tak Bergula’ tajaan Quran Humaira itu berkonsepkan pengajaran serta berunsurkan komedi santai dan mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Mak Leha yang gemar membuat dodol.

Dia juga disenangi orang kampung kerana sifatnya yang peramah. 

Bagaimanapun sifatnya itu tidak disenangi oleh Lin dek dendam kesumat yang tersimpan berpuluh tahun akibat perebutan tanah pusaka.

Antara komen netizen terhadap iklan raya ‘Dodol Tak Bergula’.
Antara komen netizen terhadap iklan raya ‘Dodol Tak Bergula’.

Majoriti warganet mengakui menitiskan air mata dan mencadangkan agar ada sambungan kepada drama pendek tersebut.

“Mengalir air mata jantan tengok cerita ni. Penuh pengisian. Semua rasa ada. Diadun sebati macam dodol. Tahniah semua. Harap ada sambungan untuk raya tahun depan,” kata Abglong Rizzal.

“Best sangat, rasa nak suruh sambung lagi. Sedih ada ketawa pun ada, DJ Lin muka kemain lagi, mulut tu geram je tengok. Kita pun nangis part last tu, sekali kena tipu,” kata Siti Aryana.

“Terbaik cerita ni buatkan saya sebak sangat sebab mengingatkan saya pada arwah mak yang pergi 30 Ramadan tahun 2015. Dah tujuh tahun mak pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah,” kata Ummi Kalthum.

“Allahu Akbar, jalan cerita yang terbaik dan tahniah buat semua DJ yang melakonkan watak-watak hebat. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Salam Lebaran,” kata Siti Zarinah.

“Tak puaslah tengok, baru nak meleleh air mata, terus bertukar air mata gelak. Apa-apapun terbaiklah. Lakonan semua sampai menusuk kalbu,” kata pula Diaz Chinta Jannah.

Selain itu, sebuah filem raya berjudul ‘Raya Macam Cara’ terbitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjadi pilihan warganet.

Ia mengisahkan empat orang sepupu iaitu Alyssa, Sofea, Noah dan Imran yang menetap di serata Malaysia dan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga besar mereka di Kedah.

Sepanjang berada di kampung, mereka menyedari terdapat pelbagai cara dalam menyambut raya. Ini termasuklah corak dan jenis pakaian, kemeriahan hidangan serta keunikan dialek dari setiap negeri.

Walaupun berbeza, mereka tetap saling menghargai keunikan latar belakang dan budaya masing-masing lantas merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

Mungkin cara sambutan Aidilfitri kita berbeza, namun inilah keunikan yang memeriahkan lagi sambutan serta memberikan kenangan manis buat ahli keluarga.

Filem raya itu turut disifatkan warganet sebagai antara iklan bertaraf antarabangsa kerana kualiti suntingannya.

“Meriah TNB Raya, yang ditunggu dah tiba, bes keluarga macam Pasemboq. Mai dari utara, selatan, timur, barat dan Jero tak ketinggalan. Terbaik,” kata Puan Syazs.

“Video raya TNB ni dah level-level boleh hantar untuk pertandingan cereka filem pendek ke festival filem international dah. Layak je dengan plot dan content cerita yang sangat Malaysia! Penuh budaya,” kata Ungu Violet.

“Ya Allah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Weh serius sebiji macam ni. Balik raya tunggu family dari setiap negeri sampai. Lepas tu kalau raya compare baju semua, dapat duit raya berapa, kena kejar angsa. Hahaha. Zaman dulu best,” kata Miss Kamisah.

“Keluarga 1Malaysia setiap negeri ada,” kata Mohamad Syazwan.

Namun terdapat netizen menyifatkan suasana raya dalam filem tersebut berbeza dengan situasi hari ini.

“Syoknya raya tapi tak sama realiti,” kata Zee Zeffriza.

“Zaman sekarang, ngadap gajet jelah korang. Yang besar dan kecik sama sahaja. Sedih,” kata Halim Mokmin.

Malah ada yang meluahkan kekecewaan terhadap iklan tersebut bila mana negeri Johor seakan-akan dianaktirikan.

“Bila masa bangsa Johor guna perkataan Seh setiap kali bercakap? Seh itu slanga Temasek. Johor sebut siakkk. Laksa Johor pakai ikan biasa? Dalam iklan ni Imran bagi resipi yang salah. Laksa Johor wajib guna ikan tenggiri,” kata Hairul Hilmi.

“Tahniah atas usaha menghasilkan iklan raya yang memaparkan kisah sebenar rakyat jelata. Tapi saya musykil sikit, saya anak jati Johor, slanga ‘seh’ tu dari Singapura. Johor lebih terkenal dengan slanga ‘ek’. Rasa janggal pula mendengar seh tu,” kata Faeza Khasim.

Sejak disiarkan di YouTube pada 20 April lalu, filem raya itu mendapat lebih 4.5 juta tontonan. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 13 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki

Semasa 11 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar