web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Keluarga Ke Penjara Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 12:05PM

Penjara Kajang - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Keluarga penghuni penjara yang ingin menziarahi insan tersayang boleh berbuat demikian bermula esok hingga 4 Mei.

Jurucakap Jabatan Penerangan berkata, lawatan berkenaan ditetapkan untuk semua penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney.

Menurut beliau, kaedah perjumpaan itu diadakan menerusi dua mekanisme iaitu secara bersemuka dan dalam talian, termasuk panggilan video.

“Perjumpaan secara dalam talian akan diadakan bermula 5 hingga 7 Mei nanti,” katanya.

Jelas jurucakap itu, keluarga yang memilih lawatan secara bersemuka perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk mematuhi waktu lawatan ditetapkan iaitu bermula jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

“Mereka juga diwajibkan membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga (3) hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

“Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan, serta tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman untuk diberikan kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara,” katanya.

Jelas jurucakap itu, keutamaan lawatan pada kedua-dua hari tersebut hanya diberikan kepada penghuni yang beragam Islam, dan pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara.

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan.

“Pelawat adalah tertakluk kepada akta dan peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara. 2|2 Bil. 2/ 2022,” katanya.

Beliau menarik perhatian, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali lawatan daripada keluarga.

“Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja menggunakan tiga kaedah tempahan iaitu sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my, panggilan telefon ke institusi berkenaan dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat. Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Maklumat institusi boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia, www.prison.gov.my atau emel [email protected]. – Getaran, 3 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad