Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembaziran Perbuatan Tercela, Bersederhanalah Ketika Berbelanja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 2:58PM

Dr Nor Hazrul Mohd Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menyediakan pelbagai kelengkapan sudah menjadi lumrah umat Islam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Ia merangkumi pelbagai aspek, antaranya juadah, pakaian baharu untuk seisi keluarga dan barangan rumah termasuk dekorasi mengikut tema tertentu.

Ada juga yang berbelanja sakan dengan menukar peralatan atau perabot rumah bagi memastikan kemeriahan berganda Aidilfitri.

Kemeriahan Syawal tahun ini pastinya amat dirindui selepas lebih dua tahun ia tidak diraikan sebagaimana biasa berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19. 

Hakikatnya, bersederhana dalam berbelanja lebih baik, memadai menyambut Aidilfitri seadanya kerana negara masih belum bebas sepenuhnya daripada cengkaman COVID-19.

Perkara itu turut diakui oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Nor Hazrul Mohd Salleh yang berkata, biarpun tidak menjadi kesalahan berbelanja lebih meraikan hari lebaran bersama keluarga, ia harus dikawal dengan sebaiknya. 

Menurut beliau, perkara ini perlu dilakukan agar masyarakat tidak membuat pembelian melampau sehingga akhirnya dibelenggu hutang yang membebankan.

"Aidilfitri yang pastinya disambut penuh meriah haruslah juga dipastikan selamat dan secara bersederhana dalam setiap perkara terutama dalam berbelanja.

"Dalam konteks agama Islam, Aidilfitri adalah untuk membuktikan kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT di atas segala nikmatNya," katanya kepada Getaran, hari ini.

Nor Hazrul berpandangan, umat Islam di Malaysia harus mempraktikkan sunah Rasulullah dalam meraikan sambutan Aidilfitri bermula hari ini. 

"Antara yang paling ketara ialah majlis makan, belanja pakaian dan perhiasan serta persiapan lain yang memerlukan kos yang tinggi. Walaupun kemampuan kewangan agak stabil, tetapi bersederhana itu adalah yang terbaik. 

"Kalau mampu, lebih afdal jika ditambah juga dengan amalan bersedekah duit dan makanan, pakaian, menjamu golongan fakir, miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pembaziran merupakan perbuatan tercela dan lebih baik perkara itu dijauhi khususnya ketika ekonomi negara masih dalam keadaan yang tidak stabil. 

Malah Nor Hazrul menegaskan, pembaziran hanya mengundang pelbagai masalah, termasuk dari konteks kesihatan.

“Allah menggambarkan orang yang membazir seperti sahabat syaitan. Allah berfirman bermaksud: "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. 

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.(Surah al-Isra', ayat 26-27)," katanya. 

Mengulas lanjut, Nor Hazrul berkata, terdapat pelbagai jenis perayaan atau yang disambut oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Namun katanya, hanya dua hari raya yang secara asasnya dibenarkan untuk diteruskan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha selepas Islam mula disebarkan Rasulullah SAW.

"Kedua-dua hari raya itu, pastinya mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak. Jika disambut dengan penuh ketaatan kepada Allah tentunya akan mendapat keberkatan dan dikurniakan pahala besar. 

"Jika menepati syarat pastinya mendapat ganjaran pahala dan andai sebaliknya, sudah tentu membawa kepada dosa,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Semasa 1 hari yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar