web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Sambut `Anniversary', Instafamous Sah Beri Maklumat Palsu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 4:05PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasangan instafamous yang bercuti di Johor baru-baru ini didapati telah memberikan maklumat palsu kepada pihak polis bagi mendapatkan kebenaran untuk merentas negeri, dengan menjadikan urusan pekerjaan sebagai alasan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, pasangan terbabit menyalahgunakan kebenaran tersebut untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

“Pasangan ini didapati membuat persiapan rapi dengan menempah lebih awal bilik penginapan mereka di sebuah hotel, secara atas talian pada Disember 2020.

“Semua itu adalah bagi menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac 2021,” katanya hari ini.

Berita pasangan terbabit tular di media sosial sejak Jumaat lalu, apabila mereka secara terbuka berkongsi beberapa foto, termasuk tips untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri daripada polis.

Susulan isu, polis mengambil keterangan mereka semalam, apabila tindakan pasangan berkenaan dipersoalkan banyak pihak, khususnya ketika larangan merentas negeri masih berkuat kuasa.

Keduanya disiasat di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membawa kepada kompaun sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

“Polis mahu mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan ke atas urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan, untuk menjalankan program atau aktiviti peribadi lain.

“Ia menyalahi peraturan dikenakan dan boleh mengakibatkan mereka berdepan tindakan undang-undang,” tegas Ashari.

Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan sebanyak 3,170 kes jangkitan COVID-19 dikesan berpunca daripada kegiatan merentas negeri sejak 1 Januari lalu. – Getaran, 22 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran