web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MASTI-PRAGMATIS Ceriakan Anak Yatim Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 3:04PM

Zulkifli (3 dari kanan) dan Raja Shah Erman Raja Arifin (2 dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menjelang beberapa hari ketibaan Aidilfitri dan mengambil keberkatan penghujung Ramadan, bermacam usaha biasanya dilaksanakan pelbagai pihak bagi membantu golongan kurang bernasib baik supaya dapat meraikan sambutan istimewa berkenaan dengan lebih sempurna.

Inisiatif itu turut tidak diketepikan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang melaksanakan program perkongsian rezeki, Ramadan Santuni Anak Yatim bagi memastikan golongan itu turut diraikan sempena lebaran.

Presiden MASTI, Raja Shah Erman Raja Arifin berkata, program disertai 50 anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Baitul Baroqah Ummul Qura, Bandar Enstek, Negeri Sembilan itu secara tidak langsung menjadi platform untuk mereka menyantuni golongan terbabit dengan lebih dekat.

“Program ini adalah satu daripada inisiatif persatuan bagi menghidupkan kemeriahan Ramadan, selain medium mengikat ukhwah dan solidarti dalam kalangan ahli MASTI, PRAGMATIS serta persatuan pentadbir membabitkan universiti awam (UA) yang menyertai program ini, sekali gus memenuhi antara perkara dituntut Islam.

“Tambahan pula ia dilaksanakan dalam bulan penuh keberkatan dan dijanjikan dengan limpahan pahala berlipat kali ganda atas setiap amal kebajikan ditunaikan. Semoga dengan sedikit kegembiraan kami berikan kepada anak yatim ini dapat meringankan beban mereka, mengangkat kesusahan, membuang kehibaan dan membenih sayang menyayangi antara satu sama lain,” ujarnya.

Diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM, program itu turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dan Datuk Muhammad Haizuan Rozali selaku Pendaftar universiti berkenaan.

Program tersebut turut menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawia Tadbir dan Iktisas (PEKERTI) Universiti Malaya (UM), Persatuan Pentadbir Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Global Peace Malaysia (GPM).

Selain menerima duit raya dan barangan, anak yatim terbabit menjadi tetamu cilik apabila turut bersama menyertai Majlis Iftar Perdana USIM bersama Pengurusan serta warga kampus. – Getaran, 1 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad