web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Serang Polis Akibat Disaman, Pemuda Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 12:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BELUD - Padah cuba menyerang anggota polis menggunakan sebatang paip, seorang pemuda ditahan di kawasan pekan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, suspek, 22, didakwa turut mengugut anggota polis berkenaan selepas berang disaman akibat kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pemuda itu disaman selepas anggota polis bertugas mendapati lesen kereta dinaiki suspek telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

"Lelaki itu kemudian mengambil gambar anggota polis berkenaan menyebabkannya ditegur untuk tidak berbuat demikian.

"Suspek kemudian tiba-tiba berang dan mengancam mahu membunuh polis berkenaan sebelum cuba ditenangkan beberapa anggota lain yang kebetulan berada di lokasi," katanya.

Menurut beliau, suspek yang gagal mengawal amarah, bertindak membuka bonet ruang simpan barang kenderaan dan mengambil sebatang paip besi sebelum cuba menyerang anggota polis terbabit.

Tambah Shahrudin, berlaku sedikit pergelutan sebelum pemuda itu berjaya ditahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut serta menyebabkan kecederaan kepada anggota polis bertugas," katanya. - Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad