Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Awas Gejala Microsleep, Boleh Berlaku Bila-Bila Masa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 9:02PM

Kesesakan trafik ditambah pula memandu di siang hari dalam keadaan cuaca panas terik mudah membuatkan pemandu mengantuk. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak malam tadi, ramai sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Perjalanan pulang beraya kali ini sudah diketahui lebih panjang dan mencabar memandangkan dianggarkan 14 juta kenderaan berada di atas jalan raya, tiga hari sebelum Aidilfitri.

Tidak dinafikan kesesakan trafik ditambah pula memandu di siang hari dalam keadaan cuaca panas terik mudah membuatkan kita mengantuk.

Kejadian terlelap semasa memandu atau lebih dikenali sebagai microsleep amat berbahaya dan boleh menjadi punca kemalangan maut.

Ketua Bahagian Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur, Dr Izzat Hazmir Ismaal berkata, microsleep boleh ditakrifkan sebagai episod tidur atau terlena yang berlaku dalam tempoh singkat iaitu sekitar kurang daripada 15 saat.

“Individu akan menyangka mereka hilang tumpuan seketika sedangkan mereka sebenarnya telah pun tidur.”

Katanya, gejala itu boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi sering terjadi selepas waktu tengah hari, awal pagi dan lewat tengah malam.

“Tenaga kita berada pada tahap paling rendah pada 3 hingga 7 pagi. Itu waktu untuk kita tidur.

“Kita juga tak digalakkan belajar selepas makan tengah hari kerana segala tenaga tersebut akan mula disalurkan kepada perut untuk proses pencernaan.

“Selepas kita makan, sudah pasti kita memerlukan tenaga untuk pencernaan, jadi kurang tenaga dibekalkan ke otak. Sebab itulah kita akan rasa mengantuk,” katanya menerusi satu video bertajuk ‘Bahaya Microsleep’ yang dikongsi di Facebook.

Menurut beliau, gejala utama sudah tentu mata yang tertutup sebahagian atau sepenuhnya semasa mircosleep berlaku.

Bagaimanapun katanya, gejala itu boleh terjadi ketika mata terbuka sekalipun.

Dr Izzat Hazmir Ismaal
Dr Izzat Hazmir Ismaal

“Dalam situasi itu, walaupun mata terbuka, kepekaan kepada keadaan sekeliling telah tiada.

Kepekaan visual juga semakin berkurang seiring dengan kewaspadaan sekeliling.

“Individu akan menyangka mereka hilang tumpuan seketika sedangkan mereka sebenarnya telah pun tidur.

“Kepala akan tersengguk-sengguk dan anak mata juga akan mengembang serta pergerakan bola mata semakin melemah,” katanya.

Beliau berkata, punca utama microsleep berlaku disebabkan tidur yang tidak mencukupi atau berkualiti.

“Selain itu, jadual syif yang berterusan atau gangguan pernafasan sewaktu tidur dan menyebabkan seseorang itu tidak mendapat tidur yang berkualiti.

“Malah penggunaan ubat-ubatan yang memberi kesan mengantuk juga boleh menjadi punca kepada microsleep,” katanya.

Bagaimanapun Dr Izzat Hazmir berkata, gejala itu juga boleh menimpa mereka dengan tidur yang cukup dan berkualiti serta tidak bertugas mengikut jadual syif.

“Dapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum melakukan perjalanan yang jauh. Pastikan ada rakan yang boleh memandu bersama, minta bantuan mereka pandu terlebih dahulu.”

Katanya, perkara itu berpunca daripada aktiviti statik atau ‘monotonous’ yang dilakukan sebelum microsleep terjadi.

“Contohnya operator pengilangan yang menjalankan tugas pemasangan komponen pada kepantasan yang sama dalam satu-satu tempoh masa secara berterusan.

“Atau memandu kenderaan di lebuh raya yang lenggang dalam satu tempoh yang panjang,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai supaya jangan memaksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk.

“Dapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum melakukan perjalanan yang jauh.

“Pastikan ada rakan yang boleh memandu bersama, minta bantuan mereka pandu terlebih dahulu sebelum meneruskan baki pemanduan tersebut.

“Boleh juga pasang muzik kegemaran anda dengan rentak pantas bagi membolehkan kita menggerakkan tubuh badan kita.

“Jadi kita sentiasa aktif dan tidak melakukan perkara statik. Selain itu bersembanglah dengan penumpang lain,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Facebook mendapati ramai berkongsi kisah mereka pernah ditimpa gejala berbahaya berkenaan.

“Saya pernah mengalaminya semasa memandu balik dari Port Dickson ke Putrajaya beberapa tahun lepas dalam bulan puasa.

“Mujur semasa kejadian saya memandu di lorong tengah dari tiga lorong. Jika tidak mungkin saya sudah langgar divider. Alhamdulillah,” kata pengguna Facebook, The Best Lemang & Rendang in Putrajaya.

“Selalu balik Alor Setar waktu malam, selalu mikrosleep. Bahaya sungguh. Dahlah drive bawa anak-anak. Kali ini kita naik komuter, sat ja 20 minit dah sampai Arau,” kata Didi Puspawangi.

“Mircosleep ni bahaya. Aku pernah kena dulu. Mengantuk jangan paksa drive. Baik park kereta tepi jalan, tidur sekejap. Dapat rest mata 10 ke 15 minit jadi dah. Iktibar betul,” kata Hafiz Mahmood. - Getaran, 30 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Jadikan Perayaan, Budaya Yang Pelbagai Pengikat Persaudaraan Rakyat - Anwar

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Pengguna Lebuh Raya Nikmati Tol Percuma Sekali Lagi Esok

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Terlibat Kemalangan, Penyampai Molek FM, Mek Zura Akui Microsleep, Minta Pendengar Jadikan Kisahnya Suatu Iktibar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Kurangkan Kesesakan, Jimat Perbelanjaan - Pengguna

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Semasa 21 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry