web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengguna Lebuh Raya Nikmati Tol Percuma Sekali Lagi Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 7:11AM

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa tol pada Aidilfitri ketiga, iaitu 24 April ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bayaran tol percuma seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan ditawarkan sekali lagi esok.

Terdahulu, tawaran tol percuma diberikan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 April lalu, bersempena Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa tol pada Aidilfitri ketiga, iaitu 24 April ini.

“Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan sudah pun tamat pada 21 April.

“Tol percuma selanjutnya ialah pada 24 April,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, pengguna lebuh raya yang melakukan perjalanan pada hari bayaran tol tidak diberikan secara percuma, perlu memastikan baki kad Tounch n Go (TnG) dan e-Wallet mencukupi.

  “Sehubungan itu, pastikan baki kad TnG dan e-Wallet anda adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan, Kerajaan Perpaduan memberi ‘hadiah istimewa’ kepada rakyat sempena Aidilfitri 2023, termasuk pengecualian bayaran tol selama empat hari kepada semua pengguna lebuh raya di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma itu dilaksanakan bagi meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada rakyat pada perayaan berkenaan.

Katanya, pengecualian tol di bawah inisiatif dinamakan Tol RAHMAH Percuma itu, dilaksanakan bermula 19 April hingga 21 April lalu dan 24 April ini.

“Pelaksanaan Tol RAHMAH Percuma melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya menerusi Perutusan Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2023, baru-baru ini. – Getaran, 23 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad