web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Balik Kampung, LPT 1 Sesak 40 Kilometer Seawal 4 Pagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 12:47PM

Keadaan selepas Tol Gombak yang sesak dengan kenderaan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama seluruh negara masih mengalami kesesakan susulan peningkatan jumlah kenderaan sempena sambutan hari raya Aidilfitri.

Pergerakan trafik khususnya ke arah Pantai Timur bukan saja mengakibatkan kesesakan, malah turut ‘melumpuhkan’ Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) bermula di Sentul Pasar menghala ke Greenwood, Gombak.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik menghala ke Pantai Timur mulai sesak sejak awal pagi tadi yang menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di beberapa plaza tol.

Kenderaan mula meningkat sebaik sahaja pukul 12 tengah malam ketika tol percuma ditawarkan.- Gambar oleh Sairien Nafis
Kenderaan mula meningkat sebaik sahaja pukul 12 tengah malam ketika tol percuma ditawarkan.- Gambar oleh Sairien Nafis

Berdasarkan maklumat LLM di Twitter, seawal jam 4.15 pagi tadi, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengalami kesesakan sejauh 40 kilometer sebelum Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah sehingga kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Lentang.

“Pada jam 10 pagi, trafik mulai sesak sebelum masuk ke Plaza Tol Karak menghala ke Kuantan, Pahang.

“Trafik juga sesak di Plaza Tol Kuala Terengganu menghala ke pusat bandar sejak jam 10 pagi tadi,” ciapnya di Twitter hari ini.

Menurut LLM, keadaan sama turut dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan apabila terdapat kesesakan di beberapa lokaliti, antaranya Putra Mahkota menghala RnR Seremban dan Port Dickson menghala ke Senawang.

“Menghala ke Utara pula, trafik dilaporkan perlahan di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Sungkai ke RnR Tapah, persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak,” katanya. - Getaran, 30 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad