web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semak Status Aktif, Tempoh Tamat Kad TnG Sebelum Mula Perjalanan – PLUS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 11:59AM

Pelanggan yang mempunyai kad TnG tidak aktif atau tamat tempoh perlu mendapatkan kad baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah di seluruh negara bagi mengelakkan kesesakan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemegang kad Touch ‘n Go (TnG) yang tidak aktif atau tamat tempoh tidak akan dapat melepasi plaza tol, kata Plus Malaysia Bhd (PLUS).

Justeru, pengguna terutama yang bakal menggunakan lebuh raya PLUS sempena Aidilfitri, dinasihatkan untuk menyemak status kad TnG mereka terlebih dahulu, sebelum memulakan perjalanan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabid berkata, sekiranya pengguna tidak dapat melepasi plaza tol, ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Kami (PLUS) menasihatkan pelanggan yang mempunyai kad TnG tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah di seluruh negara.

“Sebagai alternatif, mereka boleh menggunakan MyKad dan kad ahli kesetiaan Watsons yang turut dilengkapi cip TnG serta boleh ditambah nilai untuk kegunaan lebuh raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyemak status kad TnG mereka di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login sebelum memulakan perjalanan.

“Memandangkan pengguna lebuh raya tidak berpeluang melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, kad TnG mereka tidak lagi aktif apabila tiada transaksi tol dibuat dalam tempoh 12 bulan berturut-turut.

“Bagi kemudahan tambah nilai, PLUS menyediakan pusat tambah nilai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih, mesin juruwang automatik (ATM) dan kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS, selain 67 kiosk layan diri (SSK) di plaza tol terpilih,” katanya.

Zakaria berkata, terdapat 22 kaunter TnG di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya PLUS yang membolehkan pengguna melakukan tambah nilai tanpa caj.

“Untuk maklumat lanjut berhubung kemudahan tambah nilai TnG, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di [email protected] atau layari www.touchngo.com.my,” katanya. – Getaran, 29 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad