web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hospital Sungai Buloh Kini Berstatus Hospital Hibrid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 5:12PM

Dr Noor Hisham - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Sungai Buloh (HSB) yang sebelum ini menjadi pusat rawatan pesakit COVID-19 kini diisytiharkan sebagai hospital hibrid.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kes kategori 3, 4 dan 5 serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khususnya untuk kes COVID-19 yang rendah di Lembah Klang.

“Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju agar perkhidmatan perubatan bukan COVID-19 yang tertangguh di Hospital Sungai Buloh dimulakan semula.

“Sehubungan itu, perkhidmatan hospital ini telah ditukar kepada status hibrid iaitu merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, HSB diwartakan sebagai hospital perawatan perubatan khusus kepada pesakit-pesakit COVID-19 sahaja pada 10 Mac 2020.

Katanya, langkah strategik berkenaan dijalankan pada ketika itu sebagai antara inisiatif untuk menampung keperluan katil hospital di Lembah Klang bagi merawat kes COVID-19 dan membolehkan pengurusan fasiliti, ubat-ubatan, peralatan perubatan, kepakaran dan sumber manusia yang optimum.

“Pada kemuncak operasinya, HBS telah mampu menampung lebih daripada 2,000 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa.

“Sehingga semalam, seramai 92,874 orang pesakit COVID-19 telah dirawat di hospital ini sepanjang pandemik tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, KKM akan sentiasa memantau dan bersiap-siaga dalam menyediakan perkhidmatan perubatan khusus termasuk perkhidmatan rawatan kritikal berdasarkan Pelan Strategik Bagi Pengurusan COVID-19 sekiranya berlaku sebarang peningkatan kes di negara ini.

“KKM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara, terutamanya di HSB yang memberikan komitmen jitu untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik sepanjang pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 161 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Menurut beliau, kira-kira 74 kes (46 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 87 kes lagi (54 peratus), kategori 1 dan 2.

Tiada negeri merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam.

Bagi penggunaan katil bukan kritikal pula, tiada negeri merekodkan penggunaan melebih 50 peratus.

Katanya lagi, jumlah keseluruhan penggunaan katil ICU bagi pesakit dijangkiti virus itu di seluruh negara semalam kekal 13 peratus, manakala bagi katil bukan ICU pula 15 peratus. - Getaran, 28 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad