web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Punca Kebakaran, Letupan Mungkin Akibat Mercun Dan Bunga Api

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 12:39PM

Anggota bomba meninjau kesan kebakaran dua rumah jenis Semi-D setingkat di Jalan Permatang Badak yang mengorbankan nyawa kanak-kanak berusia 2 tahun awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kebakaran di Permatang Badak, dekat sini yang meragut nyawa kanak-kanak berusia dua tahun awal pagi tadi, mungkin berpunca daripada mercun dan bunga api. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pasukan forensik jabatan itu sedang melakukan siasatan teliti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kalau kita lihat kepada siasatan awal, kita perlukan (pengesahan) punca letupan ketika kebakaran berlaku. Mungkin (letupan) berpunca akibat dapur gas memasak atau bahan lain dan saya lihat ada tong silider gas dan bunga api. 

"Buat masa ini kita belum tahu punca letupan dan kebakaran hingga mengakibatkan dua kediaman musnah, kalau sebab bunga api atau mercun, kita perlu tahu sebanyak mana jumlah mercun yang berada di situ ketika kejadian," katanya kepada media selepas meninjau lokasi kebakaran, pagi tadi. 

Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya. 

Kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi itu meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan mencederakan enam yang lain.

Turut tercedera ialah seorang lelaki yang melecur 50 peratus dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan.

Dua buah kediaman jenis semi D juga musnah, masing-masing terbakar 100 dan 90 peratus.

Wan Mohammad Zaidi berkata, berdasarkan laporan saksi, berlaku satu letupan yang sangat kuat hingga mengakibatkan struktur dua rumah jenis semi D terbabit rosak teruk, dan meruntuhkan dinding serta bumbung.

"Ada (saksi) mendakwa letupan boleh didengari hingga 10 kilometer dari lokasi kejadian, jadi kita kena siasat dengan teliti insiden ini," katanya. 

Sementara itu, jiran mangsa ketika ditemui mengakui terkejut dengan kejadian berkenaan. 

Robiah Zakaria
Robiah Zakaria

Seorang suri rumah, Robiah Zakaria, 49 tahun berkata, tingkap rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pecah akibat letupan kuat. 

"Saya ingatkan bunyi petir dan terbangun selepas anak menangis. Mulanya ingatkan petir saja, jadi saya buat tak tau hinggalah anak menangis selepas kaca tingkap pecah," katanya. 

Fadzlullah Sulaiman
Fadzlullah Sulaiman

Seorang lagi penduduk, Fadzlullah Sulaiman, 69, mendakwa terdengar sekurang-kurangnya tiga letupan kuat dari lokasi kejadian. 

"Saya perasan ada bunyi kuat, macam letupan, tiga kali lebih kurang dan lepas itu ada bunyi mercun masa (rumah) terbakar, bila saya datang ke tempat kejadian, memang api dah marak," katanya. - Getaran, 28 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad