web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahanan Rohingya Lari Dari Depot Sungai Bakap Dikesan Di Selayang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 12:46PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat pelarian Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dikesan berada di sekitar Selayang dan usaha mengesan lokasi sebenar tahanan terbabit edang dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang masih bebas dipercayai mahir selok-belok kawasan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kerana pernah bekerja dan berada di sini sebelum ini.

“Orang tempatan mungkin tidak membantu mereka, tetapi komuniti mereka di sini terdapat kemungkinan sangat tinggi membantu tahanan itu,” katanya kepada pemberita selepas serbuan Imigresen di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini seramai 61 tahanan masih bebas.

Dalam kejadian pada 20 April lepas, 528 tahanan di depot tersebut merusuh sebelum melarikan diri dan enam daripadanya maut akibat dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Mengulas Operasi Belanja di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini, Khairul Dzaimee berkata seramai 248 pendatang tanpa izin ditahan susulan aduan dan rungutan orang ramai mengenai warga asing berniaga secara haram di tepi jalan berhampiran pasar itu.

Khairul Dzaimee berkata daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 205 adalah lelaki manakala baki 43 adalah wanita.

“Daripada 248 itu, 109 orang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala 139 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen sah terdiri daripada warga Pakistan, India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata Imigresen turut mengesan tiga warga Pakistan mempunyai kad UNHCR walaupun negara itu bukan negara yang tersenarai untuk penggunaan kad terbabit.

“Semakan mendapati kad berkenaan tulen. Kami akan melakukan siasatan lanjut bagaimana tiga warga Pakistan itu boleh mempunyai kad UNHCR,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan