web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu Meningkat, 27 Kes Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 11:56AM

Sebanyak 3,471 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti COVID-19 ialah 4,440,383 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 meningkat sedikit dengan 3,471 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,440,383 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 3,461 kes tempatan dengan 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 2,326 kes atau bersamaan 67.01 peratus. Sebanyak 1,118  kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 11 kes iaitu 0.32 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (8) serta kategori 5 (8),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 27 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, lima kes iaitu 18.52 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 13 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala sembilan lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 13 kes berumur 60 tahun ke atas dan 14 kes mempunyai komorbiditi,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak enam kematian baharu direkodkan semalam dengan empat kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,526 dengan 7,520 daripadanya adalah kes BID.

“Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

“Tiada kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat dua pertambahan kluster baharu dilaporkan di negara ini.

Katanya, setakat ini terdapat 91 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 7,009 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 98 kes iaitu 56 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 63 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 6,900 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,346,421 kes. - Getaran, 28 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi