web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Lelaki Ditahan, Gaduh Kerana Vape

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 7:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 16 lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang tular di media sosial, semalam.

Kesemua suspek, yang berumur lingkungan 13 hingga 25 tahun, ditahan bagi membantu siasatan polis dan kes itu dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik (vape).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan mendapati insiden itu berlaku apabila seorang daripada mereka berada dalam keadaan khayal sebelum pengsan selepas menghisap vape.

Beliau berkata ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Katanya mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan sekumpulan individu bertindak membelasah seorang lelaki yang dipercayai berlaku di depan sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan cuba melakukan samun di sebuah medan selera di Taman Lembah Maju di sini pada Jumaat lepas.

Suspek berusia 26 tahun itu merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam satu kenyataan memaklumkan suspek cuba menyamun seorang lelaki yang juga pemegang kad UNCHR.

Beliau berkata suspek telah memeriksa beg pengadu namun mangsa yang berasa curiga bertindak melarikan diri ke arah polis yang berada di kawasan berdekatan.

Katanya suspek direman sehingga 2 April bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad