Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Subsidi Haji Duit Keuntungan Pelaburan Pencarum, Kenapa Perlu ‘Kasta’?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 9:00AM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 untuk seorang jemaah haji bagi pakej  muassasah sejak 13 tahun lalu.

Namun kali ini, kos menunaikan haji meningkat kepada RM25,540 untuk seorang jemaah berikutan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Susulan itu, TH memperkenalkan dua kadar bayaran untuk menunaikan haji kepada jemaah muassasah mengikut golongan B40 dan bukan B40.

Jemaah dalam kalangan B40 hanya perlu membayar sebanyak RM10,980 iaitu peningkatan RM1,000 seorang.

Bagi kategori bukan B40 pula, kadar baharu ditetapkan RM12,980 seorang, meningkat sebanyak RM3,000.

Pengumuman itu menjadi bualan hangat netizen di Facebook yang berpendapat TH bersikap ‘double standard’ terhadap jemaah yang bukan dalam kalangan B40.

Majoriti tidak bersetuju jemaah dikategorikan kepada golongan B40 dan bukan B40 kerana bantuan kewangan haji secara bersasar yang diberikan merupakan keuntungan daripada wang pencarum, bukan bantuan kerajaan.

“TH tak ada sesen pun duit datang dari kerajaan. Duit dan aset yang ada tu semua bersumber dari ahli. Jadi bila TH tampung kos mengerjakan haji tu, duit tu datang dari meniaga duit pendeposit, bukan bantuan ya.

“Tak perlu buat kasta B40 dan bukan B40 pula dalam mengerjakan haji. Nak buat kasta tu, jika bantuan tu datang dari kerajaan bolehlah. Tolonglah, kos ni sama ada B40 atau bukan, memang semua golongan pun tak mampu,” kata Tok Pauh di Facebook.

“Sibuk berkira masa bagi bantuan. Masa dapat untung, kenapa tak kongsi sama banyak dengan B40?,” soal pula Karim Maju.

“Untung RM2.46 bilion duit pendeposit, tiba-tiba buat kasta bantuan. Terdesak ke nak jaga B40 untuk PRU-15,” kata Mohd Zulhelmi.

“Masa nak deposit tak tanya pula B40 dan bukan B40,” kata Husin Hassan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak pengguna Islam.

Presiden Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr Fathir Badri berkata, isu ‘double standard’ akan terus berlaku sekiranya TH menggunakan istilah subsidi haji kepada semua jemaah.

Dr Fathir Badri
Dr Fathir Badri

Katanya, subsidi haji yang diberikan kepada jemaah merupakan keuntungan daripada pelaburan simpanan semua pendeposit.

“Kenapa TH masih lagi menggunakan perkataan subsidi sedangkan ia bukan satu subsidi. Ini duit keuntungan simpanan pencarum, kemudian TH beri balik pada mereka. Jadi TH kena faham itu bukan subsidi.

“Lainlah kalau subsidi minyak, beras, baru betul-betul subsidi sebab itu kerajaan perlu bezakan yang berpendapatan rendah. Bantuan perlu lebih bersasar sebab itu duit kerajaan.

“Tapi ini duit pencarum, awak labur duit dapat untung, lepas tu bila part wajib awak nak beza-bezakan pula,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau menyifatkan kadar baharu kos haji itu tidak adil kerana ditetapkan mengikut ‘kasta’.

“Kalau saya dalam kalangan M40, apa kelebihan yang saya dapat dengan saya bayar lebih RM3,000 daripada B40. Kalau tak ada kelebihan, kenapa saya perlu bayar lebih?

“Lagipun saya akan duduk khemah yang sama, makan benda yang sama. Kenapa TH nak beza-bezakan? Bagi saya tak perlulah macam tu, kalau pakai duit kerajaan bolehlah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan agar subsidi haji hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Walaupun kurang bersetuju jemaah dikelaskan mengikut kategori, beliau berpendapat ia tidak adil untuk jemaah yang kurang berkemampuan sekiranya tidak dilaksanakan.

“Kalau ikutkan memang tak payah buat kategori, maknanya semua orang sama. Serupa macam subsidi minyak, awak kaya ke miskin ke, semua dapat subsidi. Ini memang tak masuk akallah.

“Begitu juga bantuan infak rezeki kalau kita beri pada semua orang, memang tak ada kasta, orang duduk banglo atas tanah lima ekar pun dapat juga. Jadi tak adilah,” katanya.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Beliau berkata, TH perlu mengenal pasti jemaah yang benar-benar layak memperoleh subsidi berkenaan.

“Kalau ada jemaah rasa dia tak layak (dapat subsidi) tak usah ambil. Bahagian dia tu beri pada orang yang kurang berkemampuan, maka dia pun dapat pahala.

“Tapi kalau yang berkemampuan, kalau dia muka tak malu, dia nak minta, tak apalah bagi sahajalah,” katanya sinis.

Sementara itu, beliau turut menasihati bakal jemaah supaya berhati-hati dalam melakukan transaksi pembayaran kos ibadah haji.

“Pastikan semua transaksi dibayar melalui saluran yang betul. Bukan apa, kita terima banyak aduan.

“Bila musim haji dan umrah, ramai menangis di lapangan terbang kena tipu. Jadi ramai scammer ambil peluang ketika ini, berhati-hatilah,” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

1 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahmad Dusuki, Berhentilah Menjaja Fitnah, Hormati Keputusan Mahkamah - Mujahid

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 21 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan