Berita Terkini

10 jam yang lalu: Sukan SEA: Andre Anura Anuar muncul juara acara lompat kijang lelaki, sasaran lima emas sukan olahraga tercapai 13 jam yang lalu: Peningkatan kes COVID-19 ketika adalah dalam jangkaan KKM - Khairy 13 jam yang lalu: Ubat antiviral Paxlovid berkesan merawat COVID-19 - Khairy 14 jam yang lalu: Maybank perkenal pengeluaran tunai ATM tanpa sentuh 14 jam yang lalu: Polis Kelantan tahan warga Thailand, rampas pil Yaba bernilai RM480,000

IKUTI KAMI


TH Keluarkan Surat Tawaran Haji Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 8:49PM

TH telah mengeluarkan surat tawaran haji bermula hari ini dan perlu dijawab oleh bakal jemaah dalam masa 7 hari bekerja. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan 14,306 bakal jemaah haji tahun ini supaya memberi maklum balas terhadap surat tawaran tunai haji dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

Pengarah Eksekutif Haji, TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata disebabkan kesuntukan masa, TH memohon kerjasama bakal jemaah haji untuk menjawab sama ada setuju atau tidak bersetuju dengan tawaran itu, dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata TH telah mengeluarkan surat tawaran, bermula hari ini.

"Bakal jemaah haji boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata semua bakal jemaah haji juga diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Bakal jemaah haji terpilih perlu mendapatkan buku rekod rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan meningococcal quadrivalent vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bakal jemaah haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya dan menambah bakal jemaah haji juga digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumokokal seperti disyorkan KKM.

Menurutnya setelah selesai pemeriksaan kesihatan, bakal jemaah haji diminta menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) dengan menelefon 03-62071919. - Bernama

Sorotan

1

Awal Ashaari Didakwa Khianat Rosak Palang Pagar Sebuah Perumahan

2

Bijak Bermain Kata, Sajak Teo Wei Sing Tembusi Dunia

3

Bastianini Catat Kemenangan MotoGP Ketiga Di GP Perancis

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Sukan SEA: Kedudukan Kontinjen Negara Di Hanoi Membimbangkan

Sukan 16 jam yang lalu

Sukan SEA: Skuad Berbasikal MTB Cipta Sejarah Raih Emas Pertama

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Terima Laporan Pasukan Petugas Khas

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tidak Ambil Tindakan Lanjut Dalam Kes Wartawan Dikasari

oleh Amar Shah Mohsen