web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Larang Tembakau, Rokok Dibentang Julai - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 1:32PM

Mohd Radzi (dua, kiri) bersama Khairy (dua, kanan) bergambar pada Majlis Pelancaran Gegar-18 (Generational End Game Anti-Rokok) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Draf Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok bagi mereka yang lahir selepas 2005 kini dalam proses semakan akhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentang di Parlimen pada Julai. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata beberapa pusingan libat urus termasuk dengan industri rokok diadakan untuk mendengar pandangan daripada semua pihak sebelum memuktamadkan keputusan berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Generational End Game Anti Rokok 18 (GEGAR-18) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin. 

Khairy berkata di bawah peruntukan akta itu, anak-anak yang lahir pada 1 Januari 2005 atau tahun-tahun selepas itu tidak dibenarkan merokok termasuk membeli atau memiliki sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape walaupun mereka telah melepasi umur 18 tahun.

Selain itu, katanya semua pekedai dan penjual produk merokok juga tidak boleh menjual produk-produk merokok kepada kumpulan anak-anak yang tergolong dalam larangan itu. 

Sementara itu, Khairy berkata satu kaji selidik turut telah dimulakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan lima di seluruh negara bagi meninjau pandangan mereka.

Khairy berkata usaha itu juga menyasarkan remaja yang tidak pernah merokok supaya tidak merokok dan yang telah merokok menghentikan perbuatan itu. 

"Selain itu, kita juga akan melaksanakan kawalan iklan mempromosikan produk vape termasuk dalam media sosial," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar