web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Asrama SAMT Sultan Hisamuddin Terbakar, 43 Pelajar Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 2:15PM

70 peratus bangunan asrama SAMT Sultan Hisamuddin di Taman Bijaya, Klang musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 43 pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin di Taman Bijaya, Klang, dikejutkan dengan kebakaran membabitkan asrama mereka di tingkat tiga bangunan tersebut malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, semua pelajar berkenaan tiada di bilik masing-masing kerana sedang menunaikan solat tarawih di surau.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 9.40 malam.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Pelabuhan Klang, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam serta Subang dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kebakaran didapati membabitkan tingkat tiga asrama lelaki di sekolah berkenaan.

"Anggota bersama beberapa jentera kemudian segera memadamkan api yang memusnahkan 70 peratus bangunan asrama," katanya hari ini.

Norazam berkata, hanya tingkat tiga bangunan asrama terbabit yang menempatkan 43 pelajar terbakar.

"Kebakaran berjaya dikawal jam 10.09 malam dengan punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. – Getaran, 25 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi