web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu Terus Menurun, Kategori Serius Kekal 24 Kes

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 12:15PM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus COVID-19 kini meningkat kepada 4,431,073 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 terus menurun dengan 4,006 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,431,073 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 3,999 kes tempatan dengan tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2, iaitu bergejala ringan atau sederhana, dengan jumlah 2,694 kes atau bersamaan 67.25 peratus. Sebanyak 1,288 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 12 kes, iaitu 0.30 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (6) serta kategori 5 (6),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 24 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, lapan kes iaitu 33.33 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sembilan kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala tujuh kes membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, sembilan kes berumur 60 tahun ke atas dan 12 kes mempunyai komorbiditi,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak lapan kematian baharu direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu, katanya, menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,499 dengan 7,513 daripadanya adalah kes BID.

“Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu dua kes, diikuti Johor, Melaka, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

“Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, terdapat satu pertambahan kluster baharu di negara ini semalam, menyaksikan 97 kluster masih aktif dilaporkan. 

Ujarnya, perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini, sebanyak 7,004 kluster direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), sebanyak 98 kes iaitu 50 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19, setakat ini.

“Sebanyak 61 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 10,223 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,320,822 kes. - Getaran, 25 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad