web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Didakwa Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Dengan Kucing

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 12:13PM

Lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan dengan seekor kucing di Skudai pada 16 April tahun ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan seekor kucing.

Bagaimanapun, hukuman ke atas Janting Keling, 63, belum diputuskan memandangkan pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk serahan dokumen pada 25 Mei ini.

Janting didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing sehingga menyebabkan kucing itu mati.

Warga emas itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kawasan taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada 4.30 pagi 16 April lepas. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Thiviya menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran.

Janting yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia tidak bekerja.

Dia juga mendakwa berasal dari Sarawak dan baru datang ke Johor dan tinggal bersama anaknya di sini.

Hakim Fatimah Zahari kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan untuk serahan dokumen. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar