Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kos Haji Naik, Persatuan Pelancongan Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 9:13AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumaat lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah tahun ini terpaksa dinaikkan sebanyak RM1,000 dan RM3,000 seorang tertakluk kepada kategori pendapatan masing-masing.

Ini bermakna, bayaran sebanyak RM10,980 perlu dibayar oleh jemaah daripada golongan B40 iaitu peningkatan sebanyak RM1,000, manakala bayaran sebanyak RM12,980 dikenakan bagi jemaah bukan B40 dengan pertambahan sebanyak RM3,000.

Kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan beberapa kos termasuk faktor inflasi, pelbagai cukai dan caj visa serta perlindungan insurans untuk jangkitan COVID-19 yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Bagaimanapun, keputusan berkenaan menerima reaksi berbeza di kalangan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Malaysia.

Dr Fathir Badri
Dr Fathir Badri

Menurut Presiden Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr Fathir Badri, kenaikan tersebut sudah dijangka tetapi peningkatan kos itu tidak wajar dikenakan TH kepada pencarum.

Katanya, kadar bayaran yang dikenakan pada 2019 sepatutnya dikekalkan lagi tahun ini.

“Umum tahu, kita dah dua tahun tak hantar jemaah, jadi keuntungan selama dua tahun itu apa TH buat? 

“Jadi sebab itulah saya kata untuk tahun ini kadar bayaran seperti sebelum ini perlu dikekalkan lagi,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Malah beliau juga tidak bersetuju jemaah dibezakan mengikut kategori  sebagaimana yang diumumkan TH pada sidang media semalam.

“Kenapa perlu ada subsidi untuk membezakan B40 dan M40? Bila buat begitu menampakkan mereka membeza-bezakan golongan untuk buat ibadah. 

“Ini sudahlah dinaikkan bayaran, lepas tu nak beza-bezakan pula ikut kategori jemaah. Pada saya tak wajar buat begitu,” katanya.

 Razali Mohd Sham
Razali Mohd Sham

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham bersetuju dengan kadar baharu itu tetapi perlu dikenakan secara saksama di kalangan bakal jemaah haji.

Menurut beliau, tindakan tersebut ibarat mengkategorikan jemaah mengikut ‘kasta’ tertentu.

“Harga yang dinaikkan terlalu sikit cuma saya terkilan kenapa perlu ada perbezaan antara kategori jemaah. Ada kena bayar lebih RM1,000 ada pula RM3,000.

“Kita pergi Makkah semua sama pakai kain putih. Malaysia pula nak atur ada orang kaya, ada orang miskin. Kita tak boleh asingkan rakyat, itu bukan cara nak membantu. Jadi benda ni saya kena tegur,” katanya.

Dalam pada itu, Razali turut menggesa pemilihan bakal jemaah dilakukan secara telus terutamanya mereka yang terlepas peluang tersebut dua tahun lalu.

“Tapis siapa yang layak. Beri keutamaan kepada jemaah yang terpilih pada 2020 dan 2021 tapi tak pergi disebabkan penangguhan ibadah haji.

“Lepas tu kalau boleh utamakan mereka yang berumur 64 tahun, bagi pergi dulu. Pada saya kena tengok cara begitu. Lagipun TH dah tahu nama, buatlah betul-betul,” katanya.

Tegasnya lagi, beliau bimbang jika wujud pemilihan ikut ‘pintu belakang’ memandangkan kuota pada tahun ini dikurangkan.

“Saya takut jadi macam ‘saya suka awak, saya beri awak pergi, saya tak suka awak, awak tak pergilah’.

“Begitu juga siapa yang ada kawan dalam boleh pergi, mana tak ada terpaksalah menunggu. Saya tahu ada banyak hanky-panky, jadi kena buat betul-betullah,” katanya.

Harun KC Ahmmu
Harun KC Ahmmu

Sementara itu, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu berkata, kadar kenaikan itu wajar dilakukan dalam keadaan dunia hari ini.

Malah katanya, kenaikan tersebut adalah bersesuaian dengan keadaan inflasi dan peningkatan beberapa kos.

“Kenaikan memang wajar. Misalnya bagi jemaah yang pergi melalui syarikat pelancongan yang diluluskan TH, mereka tak nikmati subsidi dan bayar pakej harga penuh.

“Kalau nak bandingkan dengan jemaah muassasah kadar bayaran mereka lebih rendah, ibarat jauh panggang dari api. Jadi bagi saya tak patut jadi isu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya menjawab surat tawaran yang akan diberikan mulai Isnin depan dengan kadar segera.

“Apa yang diputuskan (tempoh tujuh hari) adalah terbaik dalam situasi sekarang. TH dah bagi ruang, bagi saya patut beri lima hari sahaja.

“Tapi saya nasihatkan orang ramai supaya rebut peluang dengan jawab segera. Sekarang waktu amat singkat, kita ada sebulan lebih lagi untuk buat persediaan,” katanya. - Getaran, 25 April 2022

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 3 jam yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi