web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Kembali Menurun, 24 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 11:24AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 kembali menurun dengan 5,624 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,427,067 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 5,607 kes tempatan dengan 17 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 3,835 kes atau bersamaan 68.19 peratus. Sebanyak 1,765 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 12 kes iaitu 0.21 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (6) serta kategori 5 (6),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 24 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 10 kes iaitu 41.67 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, lapan kes sudah menerima dua dos vaksin manakala enam kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 12 kes berumur 60 tahun ke atas, 12 kes mempunyai komorbiditi manakala satu kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak sembilan kematian baharu direkodkan semalam dengan dua kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,491 dengan 7,513 daripadanya adalah kes BID.

“Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Johor, Sabah dan Sarawak (masing-masing satu).

“Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat satu pertambahan kluster baharu di negara ini.

Katanya, setakat ini terdapat 99 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 7,003 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 89 kes iaitu 55 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 57 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 10,041 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,310,559 kes. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad