web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Polemik, Malaysia Indonesia Cari ‘Titik Persamaan’ Perkasa Bahasa Melayu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 9:15PM

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdebatan antara Malaysia dan Indonesia berkenaan usul Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua ASEAN seharusnya menjadi medan penyatuan kedua negara. 

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia boleh diselesaikan dengan penggunaan istilah seperti ‘Bahasa Melayu Nusantara’ yang dilihat mampu memuaskan hati semua pihak. 

Menurut beliau, cadangan itu juga merupakan jalan tengah untuk mengelakkan polemik serta pertelagahan istilah yang merugikan Malaysia dan negara jiran, Indonesia. 

“Penggunaan istilah bahasa Melayu juga sifatnya meluas merentas negara, iaitu digunakan oleh mana-mana rumpun Melayu di dunia ini.

“Justeru ABIM menegaskan, isu bahasa Melayu seharusnya menjadi medan yang menyatukan warga Alam Melayu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Kelmarin, pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim memberitahu, penolakan segelintir pihak di Indonesia terhadap cadangan Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN sememangnya sudah dijangka.

Beliau yang dijemput sebagai panel jemputan menerusi bual bicara secara maya anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, strategi untuk mencadangkan perkara itu harus dibincangkan dahulu semua pihak berkaitan dan dipersetujui sebelum dikemukakan sebagai satu gagasan.

Nik Safiah yang juga pengasas Persatuan Linguistik Malaysia melihat bantahan atau protes pihak di Indonesia terhadap cadangan nama bahasa Melayu itu lebih bersifat politik dan tidak ada asas ilmunya.

Dalam pada itu, Muhammad Faisal menegaskan terdapat keperluan buat kerajaan untuk mengkaji penubuhan semula Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). 

Jelasnya, ia dilihat penting kerana majlis terbabit merupakan sebuah badan kebahasaan serantau untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu yang merupakan khazanah kosmopolitan Nusantara.

“ABIM menegaskan bahawa usul dan usaha Perdana Menteri untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kedua ASEAN, perlu disambut baik. 

“Ia perlu dirancang sebaiknya dengan mencari kesepakatan untuk sama-sama menempatkan lingua ini pada peranan yang strategik,” katanya. 

Tambahnya, cadangan daripada Malaysia itu juga sejajar dengan fungsi bahasa Melayu sebagai pengantar utama ketika alam Melayu menjadi pusat peradaban kosmopolitan yang memimpin dinamika rantau ASEAN.

“Malaysia dan Indonesia perlu mencari strategi terbaik mengenai cara untuk menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa kedua di ASEAN walaupun hanya melibatkan 10 negara,” katanya. 

Mengulas berkenaan penggunaan bahasa Melayu di Asia, Muhammad Faisal berkata, menerusi persuratan Indonesia sebelum merdeka, bahasa yang digunakan adalah “bahasa Melajoe” iaitu bahasa Melayu dalam ejaan pengaruh Belanda. 

“Namun, selepas Sumpah Pemuda bertarikh 28 Oktober 1928 maka ia dinamakan sebagai Bahasa Indonesia dalam penyataan jati diri tiga serangkai iaitu Bertanah air yang satu - Negara Indonesia, Berbangsa yang satu - Bangsa Indonesia, Berbahasa yang satu - Bahasa Indonesia.

“Kenyataan ini juga bersandarkan kepada keputusan nombor 8 Kongres Bahasa Indonesia Kedua di Medan, (28 Oktober - 2 November 1954) yang mengatakan bahawa asal bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu. 

“Dasar bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang disesuaikan dengan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang,” katanya. 

Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia akan berbincang dengan pemimpin serantau untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda pada peringkat antarabangsa.

Ketika lawatan rasmi Ismail Sabri ke Indonesia baru-baru ini, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengenai hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjadikannya sebagai bahasa rasmi ASEAN.

Susulan itu Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, menolak cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu, sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN.

Beliau mendakwa, bahasa Indonesia adalah pilihan lebih baik untuk digunakan sebagai bahasa utama bagi ASEAN kerana ia paling banyak digunakan di Asia Tenggara, dengan penggunaannya tersebar di lebih 47 negara. - Getaran, 23 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 jam yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran