web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Faizal Sedia Beri Kerjasama Berhubung Isu Penjualan Tanah Lapangan Terbang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 11:53AM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan, malah SPRM diminta untuk menyiasat secara terperinci bagi mengetahui kebenaran penjualan tanah berkeluasan ratusan hektar itu kepada sebuah syarikat swasta.

“Saya tidak mahu komen perkara ini, saya dengar masih dalam siasatan SPRM jadi saya mohon SPRM siasat sedalam-dalamnya dan dedahkan kepada orang ramai akan kebijaksanaan para pemimpin kita dalam melakukan sesuatu keputusan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Program Kembara Sahur Peja Bersama Fun Ride Riders di sini, hari ini.

Pada 18 April lepas, Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad menjelaskan seramai 10 lagi individu termasuk bekas Exco kerajaan negeri dipanggil membantu siasatan SPRM berhubung isu itu selain pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), pegawai kerajaan negeri dan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi berkata penjualan tanah kepada syarikat swasta adalah di luar pengetahuan Exco kerajaan negeri ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Asmuni yang juga seorang daripada Exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Faizal ketika pentadbiran negeri diterajui PH mendakwa sepanjang menyandang jawatan itu, penjualan terbabit tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco untuk diluluskan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pula memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan ketika di bawah pentadbiran PH kepada syarikat swasta untuk pembangunan bercampur di kawasan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar