web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


572,744 Kanak-Kanak Divaksinasi Penuh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 2:57PM

Seramai 572,744 kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam di PICKids. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 572,744 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 16.1 peratus daripada populasi itu, melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Jumlah itu menyaksikan pertambahan keseluruhan sebanyak 49,927 orang, berbanding angka dicatatkan sehari sebelumnya.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu, sebanyak 2,020,121 atau 16.1 peratus mendapatkan dua dos vaksin, manakala 1,447,377 kanak-kanak atau 40.7 peratus, menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Data remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun pula menunjukkan 2,881,518 individu atau 92.6 peratus lengkap divaksin dan 2,982,044 atau 95.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos imunisasi terbabit.

Bagi populasi dewasa, seramai 15,998,406 individu atau 68.0 peratus menerima dos penggalak, 22,963,218 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,041 atau 98.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 59,460 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 13,412 dos pertama, 39,883 dos kedua dan 6,165 dos penggalak.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 69,872,350. - Getaran, 22 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad