web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Wajar Tahan, Kurung Pelarian Rohingya Terlalu Lama - SUHAKAM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 8:17AM

Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara dekat Sungai Bakap, Pulau Pinang yang berjaya ditankap semula. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelarian etnik Rohingya tidak seharusnya dikenakan tahanan tanpa had dan dikurung terlalu lama, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Menjelaskan pendirian badan itu, Timbalan Pengerusinya, Jerald Joseph berkata, penahanan terhadap pelarian etnik Rohingya perlu tertakluk kepada had masa yang singkat.

Menurutnya, penahanan singkat itu dibuat bagi memberi ruang kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membuat verifikasi terhadap pelarian tersebut.

“Jika dakwaan sesetengah tahanan itu benar, SUHAKAM berpendapat mereka (pelarian Rohingya) tidak seharusnya dikurung terlalu lama.

“Singkatkan masa penahanan mereka dan pada masa sama (Jabatan) Imigresen (Malaysia) boleh meminta pihak UNCHR untuk membuat verifikasi terhadap tahanan tersebut.

“Sebaik proses verifikasi selesai, bebaskan mereka dengan segera,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa pelarian etnik Rohingya berkenaan ditahan terlalu lama, sehingga mencetuskan rusuhan dalam kejadian di Depot Imigresen Sementara dekat Sungai Bakap, Pulau Pinang, kelmarin.

Terdahulu media melaporkan, Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah, Yusof Ali mendakwa tindakan tahanan melarikan diri dari depot terbabit berkemungkinan disebabkan mereka sudah terlalu lama ditahan di pusat tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, 528 tahanan etnik Rohingya dilaporkan merusuh sebelum melarikan diri dari depot berkenaan.

Malangnya, enam daripada mereka termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan maut apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba melintas Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 165 dari arah selatan jam 6.30 pagi kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, tahanan meloloskan diri dengan memecahkan pintu blok dan pagar penghadang di depot terbabit.

Setakat ini, seramai 357 tahanan sudah dikesan dan ditahan semula, termasuk enam mangsa yang maut manakala selebihnya masih dijejaki pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden berkenaan, Jerald berkata SUHAKAM akan menghantar delegasinya ke pusat tahanan terbabit dalam masa terdekat.

“Kita akan turun ke pusat tahanan tersebut bagi membuat pemantauan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian dalam masa terdekat ini,” katanya. - Getaran, 22 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad