Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Komen Melampau! Bella, Tertuduh Berhak Dapat Pengadilan - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Apr 2022 9:00AM

Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera Bella. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kisah remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Saban hari netizen mengikuti dan membincangkan secara terperinci perkembangan kes berkenaan mengikut pandangan masing-masing ketika prosiding mahkamah masih berjalan.

Sememangnya senario itu sukar dielakkan kerana setiap pendedahan saksi pada perbicaraan kes itu amat menguris hati dan sukar diterima akal fikiran yang waras.

Perlakuan kejam yang didakwa dilakukan tertuduh membuatkan netizen tidak senang duduk sehingga lantang mengkritik tindakan tidak berperikemanusiaan itu di media sosial.

Bagaimanapun, Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga tutur kata di media sosial berhubung kes tersebut.

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

Katanya, apa sahaja komen yang dilontarkan secara terbuka di media sosial boleh mengganggu prosiding yang sedang berlangsung.

“Perbicaraan perlu berlangsung dengan tenang tanpa gangguan (komen tidak sepatutnya) dari luar. Tujuan perbicaraan adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Pihak tertuduh perlu keadilan, pihak mangsa juga sama. Jadi kalaulah komen itu mengganggu perbicaraan, maka tidak akan berlaku keadilan yang sepatutnya diterima semua pihak,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, tindakan mempersoalkan kata-kata hakim mahupun saksi di mahkamah boleh dianggap sub judice (sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai) dan menghina mahkamah.

“Jadi dalam konteks ini, orang ramai kena berhati-hati, jangan melampau keluarkan komen di media sosial tak kiralah mereka pro Bella atau sebaliknya, pun tak boleh.

“Kalau kita tengok secara keseluruhannya, komen itu dibolehkan selagi tidak menyentuh isu saksi atau isu-isu dalam perbicaraan. Jika berlaku, ia satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya.

Nik Ahmad Kamal menjelaskan, jika tindakan pemilik akaun (media sosial) menjurus kepada suatu bentuk penghinaan kepada mahkamah dan bersifat sub judice, mahkamah boleh menghalang individu terbabit daripada mengeluarkan sebarang ulasan berkaitan kes tersebut pada bila-bila masa.

“Pendakwa raya boleh menerima arahan untuk mengemukakan permohonan agar tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap individu terbabit. Itu sahaja caranya.

“Mahkamah juga boleh mengeluarkan perintah halangan atau injunksi terhadap individu terbabit supaya tidak meneruskan ulasan atau pandangan mereka dalam apa jua bentuk media,” katanya.

Katanya lagi, kebiasaannya mana-mana individu yang melakukan sub judice akan dihukum denda tetapi boleh dipenjarakan sekiranya kes dilakukan terlalu besar.

Melihat kepada sambutan luar biasa netizen di media sosial berhubung kes Bella, Nik Ahmad Kamal meminta orang ramai supaya memberi ruang kepada proses perbicaraan itu berlangsung tenang sehingga selesai.

“Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dirinya dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah di akhir proses perbicaraan.

“Selagi kes belum selesai dan masih dibicarakan, maka saya rasa orang ramai tidak patut komen kerana ia sebenarnya boleh mengganggu proses mahkamah,” katanya.

Kes Bella tular di media sosial tahun lepas selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Susulan itu, Siti Bainun yang juga pengasas Rumah Bonda didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu. - Getaran, 22 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Sebak Dengar Tangisan Anak, Keluarga Bella

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Luar Negara 2 jam yang lalu

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 2 jam yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini