web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puad Zarkashi, Dilantik Speaker DUN Johor Ke-15

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 1:06PM

Dr Mohd Puad Zarkashi (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 pada mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.

Mohd Puad, 64, merupakan calon tunggal yang dicadangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan disokong ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri.

Menyifatkan lantikan beliau sebagai satu penghormatan yang tinggi, Mohd Puad memberi jaminan untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin seperti sumpah yang telah dilafazkan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua ADUN menjadikan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai panduan, supaya tidak menjadikan persidangan dewan sebagai “sangkar beruk” sebaliknya menumpukan kepada pelan tindakan membantu rakyat serta membangunkan ekonomi Johor, ketika baginda bertitah pada pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14, Ogos tahun lepas.

“Ingin saya ingatkan Dewan ini menjadi tempat kita berbincang dan berbuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan mulia ini dengan perangai buruk. Ini adalah Dewan mulia bukan dewan sangkar beruk. 

“Justeru, Ahli-Ahli yang berhormat marilah kita berbahas secara kritikal tetapi konstruktif… sebagai pembina sendi-sendi negara dan bangsa,” kata beliau selepas mengangkat sumpah di sini hari ini.

Mohd Puad turut merakamkan penghargaan kepada bekas Speaker DUN, Suhaizan Kaiat dan Timbalan Speaker, Gan Pek Cheng atas khidmat mereka.

Pada pilihan raya negeri Johor bulan lepas, Mohd Puad, yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, memenangi kerusi Rengit dengan majoriti 1,930 undi, sekali gus menewaskan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir dan bekas ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim daripada PKR. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad