web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Larikan Diri, 6 Etnik Rohingya Lintas Lebuh Raya Maut Dilanggar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 11:30AM

Mayat tahanan etnik Rohingya yang maut dilanggar berada di bahu jalan. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Kilometer 165 arah selatan, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, keenam-enam tahanan berkenaan dilanggar ketika cuba melintas lebuh raya terbabit bagi melarikan diri.

“Selain dua kanak-kanak itu, mereka yang maut adalah dua lelaki dan dua wanita, manakala dua lagi mangsa disahkan mengalami kecederaan.

“Selepas kemalangan itu, tahanan lain yang turut melarikan diri tidak berani lagi melintas lebuh raya berkenaan dan hanya menyelusuri bahu jalan sehingga tertangkap,” katanya pada sidang media hari ini.

Shuhaily berkata, polis berjaya menahan semula 229 tahanan yang meloloskan diri dengan bantuan penduduk kampung.

Menurutnya, polis masih berusaha mengesan baki 205 tahanan yang masih bebas dan meminta bantuan semua pihak bagi mempercepatkan penahanan kumpulan berkenaan.

“Operasi mencari dan mengesan baki tahan yang lolos tersebut akan turut dibantu oleh Polis Kedah. Kita juga berharap mendapat bantuan daripada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, seramai 528 orang tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara di Sungai Bakap, Pulau Pinang, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud ketika mengesahkan kejadian berkata, tahanan dikatakan melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan pagar pengadang di depot berkenaan.

Setakat jam 10 pagi tadi, seramai 362 tahanan telah berjaya ditahan semula manakala bakinya masih bebas. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan