web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pecahkan Pintu Blok, Pagar, 528 Tahanan Rohingya Larikan Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 10:57AM

Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 528 orang tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara di Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, semua tahanan terbabit dikatakan melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan pagar pengadang di depot tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata susulan daripada kejadian itu, pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) kes lari dari tahanan dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

“Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama daripada PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang ramai.

“Sehingga jam 10 pagi ini, seramai 362 orang tahanan telah berjaya ditangkap semula manakala gerakan mengesan baki tahanan terbabit masih giat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairul Dzaimee juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan tahanan terbabit untuk memaklumkan kepada JIM atau PDRM dengan segera. - Getaran, 20 April 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad