web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Meningkat Sedikit, 43 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 12:22PM

Sebanyak 16 kematian baharu direkodkan semalam dengan 4 kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 meningkat sedikit dengan 7,140 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,396,165 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 6,876 kes tempatan dengan 264 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 3,639 kes atau bersamaan 50.96 peratus. Sebanyak 3,458 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 14 kes iaitu 0.20 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (14) serta kategori 5 (15),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 43 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 14 kes iaitu 32.56 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 17 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 12 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 22 kes berumur 60 tahun ke atas, 26 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 16 kematian baharu direkodkan semalam dengan empat kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,437 dengan 7,496 daripadanya adalah kes BID.

“Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Johor (tiga), Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Perak dan Sarawak (masing-masing satu).

“Tiada kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, tiada pertambahan kluster baharu di negara ini.

Katanya, setakat ini terdapat 114 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,990 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 110 kes iaitu 57 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 68 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 14,423 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,264,127 kes. - Getaran, 19 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja