web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Paksaan Ambil Dos Penggalak Kedua - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 9:04PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi video berdurasi 2.20 minit di Twitter beliau hari ini berkata individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak bagi menambah perlindungan terhadap gejala serius COVID-19.

“Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa … Saya cuma nak pastikan warga emas kita dapat perlindungan yang terbaik, terutama bila anda semua balik kampung ramai-ramai nanti,” katanya.

Khairy berkata KKM juga telah mula menggunakan ubat antiviral Paxlovid sebagai terapeutik untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi bagi melindungi pesakit berkenaan daripada gejala serius.

Beliau berkata antiviral berkenaan bertujuan merawat pesakit dan bukan sebagai pengganti vaksin serta memaklumkan KKM akan membeli lebih banyak ubat rawatan itu. 

Menteri Kesihatan itu berkata pengujian yang diselia secara maya bagi RTK-Ag profesional COVID-19 kini dibenarkan untuk memudahkan orang ramai melakukan ujian berkenaan.

“Kalau perlukan ujian profesional RTK bolehlah buat melalui ‘live video’ sahaja, dan anda boleh dapat keputusan ujian melalui e-mel, contohnya. Pengamal perubatan boleh menawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata penerima vaksin primer Sinovac dan Sinopharm serta akan mengembara ke negara yang tidak mengiktiraf vaksin tersebut boleh mendapatkan vaksin lain bagi dos penggalak kedua melalui permohonan di aplikasi MySejahtera atau datang terus (walk-in) ke pusat pemberian vaksin (PPV). 

Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan PPV yang masih beroperasi boleh dilayari di laman sesawang www.protecthealth.com.my.

Bagi remaja yang mempunyai sistem imun yang lemah atau ‘immunocompromised’, Khairy berkata golongan itu juga kini boleh menerima dos penggalak.

“Sila semak dengan doktor anda untuk maklumat mengenai dos penggalak, ini penting sebab terdapat sedikit peningkatan kes dalam kalangan remaja, jadi untuk kumpulan ini, bolehlah ambil dos penggalak untuk kekal selamat,” katanya.

Khairy berkata beliau akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkenaan sambutan Aidilfitri termasuk beberapa pengumuman lain pada minggu depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad