web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Tingkatkan Penerbangan Tambahan Ke Sabah, Sarawak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 5:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd akan menambah 20 frekuensi tambahan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu pada tempoh penerbangan puncak semasa Hari Raya bermula 28 April hingga 8 Mei 2022 bagi menampung lonjakan dalam penerbangan domestik.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan nasional itu berkata dengan kekerapan tambahan lebih 7,000 tempat duduk disediakan, tambang akan diselaraskan secara dinamik ke bawah supaya pelanggan dapat menikmati tambang rendah.

“Bagi meraikan Hari Raya, Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sehingga 20 peratus tambang penerbangan ke semua destinasi domestik untuk tempahan dari 19-27 April 2022 terhadap perjalanan serta merta sehingga 31 Julai 2022.

“Penerbangan dari Kuala Lumpur akan bermula serendah RM139 untuk tambang semua dalam satu ke destinasi Semenanjung Malaysia, dari RM209 ke Miri, Bintulu, Kuching, Sibu, Sandakan, dan dari RM262 ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail, berkata syarikat penerbangan di seluruh dunia menetapkan harga tiket penerbangan secara dinamik, tertakluk kepada permintaan dan bekalan serta berdasarkan tarikh, masa dan ketersediaan tempat duduk dalam jangka masa tertentu.

“Tambang juga akan diselaraskan dengan kesanggupan penumpang untuk membayar berdasarkan trend waktu puncak dan bermusim serta daya saing berbanding syarikat penerbangan lain.

“Ia tidak pernah menjadi hasrat Malaysia Airlines untuk menaikkan tambang yang tinggi bagi menyusahkan pelanggan kami, terutamanya semasa musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata faktor muatan Malaysia Airlines telah melepasi 90 peratus pelanggannya yang membeli tiket kelas ekonomi antara RM139 hingga RM1,047 semasa tempoh perjalanan puncak yang ditawarkan pada promosi awal.

“Kami menggalakkan pelanggan kami merancang perjalanan dan membeli tiket mereka semasa tempoh promosi yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka mengoptimumkan pilihan mereka untuk menikmati ‘Malaysian Hospitality’ kami.

“Malaysia Airlines telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan perjalanan selamat dan terjamin berikutan dakwaan syarikat penerbangan mengenakan tambang tinggi semasa musim perayaan baru-baru ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad