Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kes Basikal Lajak, Hukum Juga Ibu Bapa Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 9:06PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa kepada lapan remaja berbasikal lajak yang maut selepas dilanggar seorang pemandu wanita, lima tahun lalu.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ibu bapa tersebut adalah punca kematian kanak-kanak berkenaan, disebabkan kelalaian dan pengabaian terhadap anak mereka yang memerlukan perlindungan serta pengawasan.

Maka, jelasnya, hukuman itu wajar dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada ibu bapa lain untuk sentiasa memantau keselamatan dan keadaan anak.

“Kerajaan juga harus mewujudkan langkah mengharamkan aktiviti yang membahayakan keselamatan dan tidak berfaedah seperti basikal lajak ini.

“Lapan nyawa terkorban ini sudah lebih daripada cukup untuk mewujudkan satu undang-undang mengharamkan aktiviti itu agar tiada lagi nyawa melayang kerana ia tidak bermoral dan tidak selamat.

“Justeru, berbalik kepada kes itu, walaupun pelaku disabitkan kesalahan kerana ada nyawa terkorban, tetapi tidak wajar melepaskan ibu bapa yang membiarkan anak-anak tanpa pengawasan pada jam 3 pagi begitu sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, secara normal, kanak-kanak sepatutnya berada di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa pada waktu malam hingga pagi.

Sebagai ibu bapa, tegasnya, sudah menjadi tanggungjawab hakiki untuk memastikan anak dilindungi di rumah pada waktu malam.

“Pada jam 3 pagi, secara tepatnya anak harus nenyak tidur di katil masing-masing. Ada ibu bapa yang memastikan sejak kecil anak mereka tidur nyenyak tanpa diganggu walau dengan seekor nyamuk.

“Dipujuk ketika menangis, dilindungi ketika terjaga kerana mimpi. Tugas ibu bapa yang penyayang adalah memastikan anak mereka tidur dengan lena pada waktu malam sehinggalah ke pagi,” katanya.

Lantaran itu, beliau mempersoalkan bagaimana ibu bapa boleh membiarkan anak mereka berada di luar bilik tidur dan membahayakan nyawa pada waktu malam tanpa pengawasan orang dewasa.

Lebih menyedihkan, Lam Thye berkata, apabila aktiviti dilakukan anak tersebut adalah tidak selamat.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

“Bukankah ini satu pengabaian tanggungjawab oleh ibu bapa terhadap anak-anak? Bercakap tentang pengabaian, anak-anak kecil di Malaysia dilindungi dengan Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001.

“Akta ini menggabungkan mengenai perlindungan dan pemuliharaan kanak-kanak di mana pengabaian keselamatan kanak-kanak adalah suatu kesalahan serius dalam akta ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi pada 13 April lalu memerintahkan seorang kerani wanita, Sam Ke Ting, 27, dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada tahun 2017.

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskannya daripada tuduhan berkenaan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Abu Bakar dalam keputusannya berkata, pemandu berkenaan bersalah selepas melalui perbicaraan penuh dan bukannya kes pengakuan bersalah.

Oleh itu, beliau berkata, mahkamah mengambil kira hujahan pihak berkaitan, selain menimbang pelbagai faktor dan dalam menjatuhkan hukuman, kepentingan awam perlu diutamakan, berbanding keutamaan peribadi.

Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan pada 10 November tahun lalu, dilaporkan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan jurujual wanita itu.

Berdasarkan keputusan terbaharu itu, wanita terbabit turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai, termasuk netizen yang menuntut keadilan terhadap pemandu terbabit, malah mereka tidak berpuas hati kerana menganggap wajar untuk ibu bapa remaja tersebut turut diambil tindakan undang-undang.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Remaja yang maut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Pemandu itu didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan. - Getaran, 16 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Basikal Lajak: Ke Ting Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian 8 Remaja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Remaja Dirogol: Henti Spekulasi, ‘Ia Boleh Keruhkan Keadaan’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Basikal Lajak: Hisyam Teh Ketuai Pasukan Peguam Ke Ting

Sorotan

1

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

2

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

3

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

4

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

5

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

6

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

7

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri