web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Basikal Lajak: Hisyam Teh Ketuai Pasukan Peguam Ke Ting

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 3:26PM

Sam Ke Ting - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan peguam dalam rayuan seorang kerani wanita, Sam Ke Ting, terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

Hisyam mengesahkan perkara itu kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, bekas hakim Mahkamah Persekutuan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan Ke Ting dalam rayuannya. Sri Ram meninggal dunia pada 29 Januari lepas.

Pengurusan kes bagi rayuan Ke Ting dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof hari ini.

Hisyam berkata pendengaran rayuan Ke Ting akan diteruskan pada 31 Mac.

Hisyam, bersama Muhammad Faizal Mokhtar dan Harvinder Singh Sidhu mewakili Ke Ting, menghadiri pengurusan kes itu manakala Timbalan Pendakwa Raya Noor Hisham Jaafar hadir bagi pihak pendakwaan.

Peguam Harvinderjit Singh akan menjadi peguam bersama dalam rayuan Sam itu.

Pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan wanita itu tanpa memerintahkan membela diri terhadap pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Pada 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Dr Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret dan mengarahkan Ke Ting untuk membela diri bagi pertuduhan memandu secara melulu.

Majistret Siti Hajar Ali yang mendengar kes itu semula pada 2019, sekali lagi melepas dan membebaskan Ke Ting pada akhir kes pembelaan, menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kedua ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 April 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Ke Ting mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara.

Mahkamah Rayuan juga telah membenarkan permohonan Sam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan membebaskannya dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pendengaran rayuannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad