web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permaisuri Agong Berkenan Sediakan Bubur Lambuk Pahang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 3:24PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengacau bubur lambuk Pahang, untuk diedarkan kepada orang ramai. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan ‘menyingsing lengan’ memasak juadah bubur lambuk Pahang, resipi istimewa baginda untuk diedar kepada orang ramai.

Terkenal dengan hobi memasaknya, Tunku Azizah seawal 10 pagi lagi telah mula masuk ‘dapur’ di perkarangan surau utama istana negara sebagai Chef de Cuisine dibantu kira-kira 100 ahli Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) dan kakitangan Istana Negara.

Merupakan antara acara tahunan KEKSIN setiap Ramadan, bubur berkenaan disediakan dalam empat kawah dan menghasilkan kira-kira 1,500 bungkusan untuk diedar kepada anggota polis dan tentera yang bertugas serta rumah kebajikan dan masjid sekitar ibu negara. 

Bubur lambuk Pahang untuk diedarkan kepada orang ramai. - Gambar dari Facebook Istana Negara
Bubur lambuk Pahang untuk diedarkan kepada orang ramai. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Sejurus selesai selepas kira-kira dua jam, Tunku Azizah turut berkenan berkongsi rahsia resipi istimewa bubur berkenaan yang menjadi juadah kegemaran santapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bukan sahaja di bulan Ramadan, malah menjadi menu mingguan Seri Paduka.

“Bubur lambuk ini resipi orang Pahang, jika di Pahang kita gunakan ikan bakar, ayam, sotong dan udang. Rebus beras sampai kembang, bila beras nak kembang saya akan letak bawang merah halia serai barulah masuk santan, kemudian lada hitam, garam dan daun-daun macam daun kunyit, daun kesum dan daun selasih. 

“Kita hanya guna ikan bakar, udang hidup,  udang kering kalau nak letak boleh juga serta ayam dan ikan… Bubur lambuk Pahang ini dia rasa lada hitam dan garam,” titah baginda pada Program Bubur Lambuk bersama KEKSIN di Istana Negara di sini. 

Tunku Azizah juga bertitah bahawa program anjuran KEKSIN itu adalah program tahunan yang sebelum ini diadakan dua kali setahun.

“Ini acara setiap tahun, kadang-kadang kita buat dua kali setahun tetapi sebab saya baru baik COVID-19, ini sahaja ada masa, minggu lepas kena kuarantin, minggu depan Tuanku banyak program. Ini sumbangan KEKSIN kepada rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 50 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 24 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad