Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mimpi Ngeri Kepada Alam, Aktivis Beri Amaran Kesan Bufet Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 12:28PM

Berdasarkan laporan yang diterbitkan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada 2016, sebanyak 200,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah setiap kali bulan Ramadan. - Gambar hiasan dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bufet makan sepuas-puasnya telah menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang ingin menjaga berat badan sejak sekian lama dahulu, namun kini ia juga mimpi buruk kepada alam semula jadi, disebabkan lebihan makanan setiap malam, terutama pada bulan Ramadan.

Walaupun bersetuju bahawa bufet memberikan kesan sedemikian, namun aktivis alam sekitar menggesa pemilik restoran dan hotel supaya mengamalkan amalan pengendalian makanan yang lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan lebihan makanan, bagi memberi ruang kepada alam sekitar.

Bercakap kepada The Vibes, aktivis alam sekitar, Aidi Abdullah berkata, jejak karbon setiap makanan sangat besar, kerana 'hotel yang lebih baik' menggunakan bahan-bahan eksotik dari seluruh dunia bagi menghasilkan hidangan unik, sebagai cara untuk menarik pelanggan.

Pada 2016, Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam melaporkan 200,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah setiap kali Ramadan.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader telah menggesa umat Islam menghentikan amalan berbuka puasa di bufet hotel kerana ia menimbulkan kebimbangan berhubung pembaziran makanan.

Beliau berkata, budaya berbuka puasa di bufet telah mengubah apa yang sepatutnya menjadi bulan beribadat umat Islam kepada makan 100 hidangan di hotel dan restoran, yang menyumbang kepada pembaziran.

Sisa makanan dalam tong sampah, kata Aidi, menyebabkan pembiakan bakteria dan serangga perosak.

Beliau memberitahu, beg plastik yang mengandungi sisa makanan yang tidak diikat dengan betul umpama "membuka kotak Pandora mengandungi potensi penyakit".

Beliau menganggarkan bahawa umat Islam mungkin membazir sekurang-kurangnya 20 peratus makanan di bufet.

“Makanan atas pinggan yang mereka ambil umpama Gunung Kilimanjaro. Mereka akan makan kira-kira separuh dan kemudian membuang selebihnya,'' katanya.

Mohamed Siraj Abdul Razack
Mohamed Siraj Abdul Razack

Sementara itu, Ahli majlis Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia, Mohamed Siraj Abdul Razack berkongsi sentimen Aidi.

Siraj berkata, tidak dapat dinafikan bahawa pembaziran makanan yang berlebihan akibat bufet berbuka puasa yang mewah mempunyai kesan ketara ke atas alam sekitar seperti penghasilan gas metana.

"Bagaimanapun, tapak pelupusan sampah bukanlah penyelesaian muktamad kepada masalah ini."

Beliau menambah, penyelesaian muktamad adalah dengan menyediakan kemudahan menukar sisa kepada tenaga di negara ini secepat mungkin.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd itu turut menggesa agar penyedia bufet supaya memelihara sisa makanan dan mengagihkan kepada golongan memerlukan, dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan pada bulan mulia ini.

"Sekiranya mereka boleh mengaturkannya dengan rumah anak yatim dan orang-orang tua, di mana mereka boleh menyimpan makanan dan menghantar kepada golongan berkenaan, ia akan menjadi cara yang lebih baik untuk pengendalian lebihan makanan.

“Mereka juga boleh menjadikan ia sebagai inisiatif tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat atau Program Tanggungjawab Sosial Korporat,'' katanya kepada The Vibes.

Siraj berpendapat pengendali bufet berbuka puasa harus mencontohi vendor dan juga pasar raya di Eropah yang mempunyai sistem di mana sayur-sayur dan buah-buahan yang terlalu masak atau lebam dihantar kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau juga mencadangkan supaya pengendali bufet mengenakan caj kepada pelanggan yang tidak menyentuh makanan di pinggan mereka.

“Terdapat kes di Jerman di mana pemilik restoran menghubungi polis disebabkan pelanggan warga asing mereka tidak menghabiskan makanan. Bagi rakyat Jerman, pembaziran makanan adalah satu jenayah,'' katanya.

Satu lagi tip katanya, untuk mengelak pembaziran makanan adalah dengan chef memasak kuantiti makanan yang diperlukan sahaja. - The Vibes, 16 April 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Politik 10 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM