web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajib Lengkap Vaksin, Jalani Ujian Saringan Sebelum Daki Gunung Kinabalu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 4:16PM

Mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu perlu mendapatkan dos suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan semua aktiviti terbatas dan tergendala, khususnya dari aspek rekreasi serta pelancongan.

Ia mencakupi pelbagai kegiatan riadah dan kesukanan, termasuk aktiviti mendaki gunung, hiking atau meneroka hutan (jungle trekking).

Dalam hal ini, pendakian ke gunung tertinggi Malaysia, Gunung Kinabalu turut terkesan, apabila ditutup sebanyak dua kali sepanjang kehadiran COVID-19 ke Malaysia, iaitu sekitar September tahun lalu dan Januari tahun ini.

Dalam penutupan pertama, gunung yang menjadi idaman ramai itu ditutup bermula 25 September hingga 8 Oktober, apabila seorang pesakit positif COVID-19 dikesan terbabit dalam aktiviti pendakian antara 13 hingga 14 September 2020.

Lanjutan itu, gunung dan kawasan Taman Kinabalu terpaksa ditutup bagi membolehkan proses nyah kuman dilaksanakan.

Penutupan kedua pula berlaku sepanjang Januari lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebahagian besar Sabah, akibat peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri terbabit.

Lokasi pelancongan popular itu bagaimanapun dibuka semula 5 Mac lepas.

Serentak dengan kebenaran untuk orang ramai kembali beriadah, Taman Taman Sabah (TTS) membuat keputusan bahawa semua individu perlu mendapatkan dos lengkap suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu, jika berhasrat untuk melakukan aktiviti mendaki di Gunung Kinabalu.

Menurut TTS, pengambilan dos lengkap vaksin itu perlu dilakukan seiring dengan ketetapan Kementerian Kesihatan.

"Hanya pendaki yang disahkan negatif COVID-19 dibenarkan mendaftar dan mendaki.

"Bagaimanapun, mengambil kira Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang masih di peringkat awal, Lembaga Pemegang Amanah TTS turut memberi pelepasan kepada pendaki yang belum menerima suntikan vaksin berkenaan, tetapi perlu mematuhi syarat tertentu,” katanya.

TTS menambah, semua pendaki diwajibkan membuat ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum tarikh pendakian.

Antara saringan COVID-19 yang diterima adalah RTK-Antigen, RT-PCR dan seperti disahkan atau diluluskan oleh kementerian.

"Keputusan saringan COVID-19 yang negatif hendaklah dikemukakan kepada petugas taman semasa pendaftaran di bilik operasi Taman Kinabalu sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.

"Pendaki 'walk-in' juga dibenarkan mendaftar dan mendaki sekiranya mengemukakan keputusan ujian COVID-19 (negatif)," katanya.

Sementara itu, tiga lokasi pelancongan hidupan liar di negeri ini turut dibuka kepada orang ramai bermula 1 April depan.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Dr Sen Nathan berkata, tiga lokasi berkenaan adalah Gua Gomantong, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

"Pusat pelancongan ini ditutup sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Januari lalu dan bakal dibuka kepada umum pada April depan.

"Ia selepas mengambil kira status COVID-19 di negeri ini selain perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ada sekarang dan kebenaran pergerakan mengikut zon," katanya.

Tambah beliau, selaras dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19, operasi pusat pelancongan berkenaan juga akan dilakukan mengikut SOP ditetapkan.

"Orang ramai dinasihatkan menjaga penjarakan, menggunakan pelitup separuh muka dan paling penting, sihat tubuh badan sebelum berkunjung ke lokasi berkenaan," katanya. – Getaran, 20 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Dulu Gempa Bumi, Sekarang Lereng Pulak Runtuh!

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran