web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Basikal Lajak, Pemandu Wanita Fail Rayuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 9:19PM

Sam Ke Ting (kiri). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemandu wanita yang disabitkan kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lepas, hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili Sam Ke Ting, 27, berkata notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan terhadap anak guamnya difailkan menerusi sistem e-filing mahkamah.

"Untuk makluman, notis usul untuk kebenaran merayu atau penangguhan hukuman serta perakuan segera difailkan melalui e-filing. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada Sam Ke Ting," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam atas pertuduhan tersebut serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.

Jika dia gagal membayar denda, boleh dipenjara enam bulan.

Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad