web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Panggil Balik Diplomat: Selesai Secara Dalaman, Bukan Dipolitikkan - Syed Hamid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 12:37PM

Syed Hamid Albar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Kementerian Luar (Wisma Putra) memanggil balik Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan perdana menteri ke UAE akhir bulan lepas, perlu diselesaikan secara berhemah di peringkat dalaman.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan tindakan mempolitikkan isu berkenaan oleh mana-mana pihak bukan sahaja menjejaskan imej kementerian dan kerajaan, malah reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Amalan memanggil balik diplomat apabila berlaku kesilapan yang besar semasa lawatan rasmi adalah normal, negara lain juga ada yang memanggil balik duta mereka dalam tempoh 24 jam, jadi bukanlah sesuatu yang pelik kepada Malaysia.

"Tetapi dalam kes ini, saya tahu saya tidak boleh bercakap bagi pihak Menteri Luar atau Pejabat Perdana Menteri, tetapi bagi saya, ia sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kegagalan menyelaraskan protokol menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai semasa lawatannya ke UAE pada 29-31 Mac lepas.

Selain itu, Wisma Putra berkata liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk perdana menteri seperti amalan Prosedur Operasi Tetap (SOP) biasa juga tidak ada.

Berdasarkan pengalamannya, Syed Hamid berkata terdapat protokol asas dalam mengendalikan lawatan ketua kerajaan yang dilaksanakan Wisma Putra sejak sekian lama, namun beliau berpandangan terdapat isu komunikasi sehingga menyebabkan kegagalan berkenaan.

Berdasarkan amalan biasa, katanya terdapat perbezaan antara pengurusan lawatan rasmi, lawatan kerja atau lawatan peribadi kerana setiap jenis lawatan akan mendapat respon berlainan daripada pihak tuan rumah.

“Untuk lawatan peribadi pun, biasanya duta kita di negara tuan rumah, kerana kaliber mereka, mereka akan menyelaraskan protokol asas untuk perdana menteri seperti keselamatan dan sebagainya. Apa yang terjadi ini perkara asas yang tidak patut terjadi.

“Episod begini, menteri perlu bertanggungjawab menangani dan mengurus dengan bijaksana. Ianya adalah persoalan tanggungjawab dan akauntabiliti. Banyak yang perlu ditambahbaik.

“Dahulu amalan lazim apabila ada lawatan perdana menteri, menteri akan pergi dahulu. Amalan saya, saya akan sampai sehari atau dua hari awal dan kita memastikan semua persediaan berjalan lacar. Saya tidak tahu macam mana amalan sekarang,” katanya.

Mengenai hubungan dua hala Malaysia-UAE, Syed Hamid berkata pada peringkat awal dan jangka pendek, isu berkenaan mungkin akan memberi kesan negatif kepada hubungan kedua-dua negara.

Bagaimanapun, oleh kerana hubungan sebenar Malaysia dan UAE adalah mesra dan mendalam, isu itu secara keseluruhannya tidak menjejaskan hubungan jangka panjang kedua-dua negara. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad