web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Naik Melebihi 10,000, 65 Kes Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 11:39AM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 kini meningkat kepada 4,352,611 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 kembali meningkat melebihi 10,000 kes dengan 10,052 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,352,611 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 10,031 kes tempatan dengan 21 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1, iaitu tidak bergejala dengan jumlah 5,715 kes atau bersamaan 56.85 peratus. Sebanyak 4,272 kes pula berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 31 kes iaitu 0.31 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (17) serta kategori 5 (17),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 65 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 21 kes iaitu 32.31 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, 18 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 26 kes lagi membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 33 kes berumur 60 tahun ke atas, 36 kes mempunyai komorbiditi, manakala satu kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 22 kematian baharu direkodkan semalam dengan enam kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,363 dengan 7,468 daripadanya adalah kes BID.

“Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Melaka dan Perak (masing-masing tiga), Johor, Kedah dan Pahang (masing-masing dua) serta Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

“Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan tiga kluster di negara ini semalam.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini, terdapat 113 kluster masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini, sebanyak 6,958 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 161 kes dilaporkan dengan 63 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 99 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 15,893 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,196,656 kes. - Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad